salam.saya sedang membuat tesis isu sosial dalam cerpen-cerpen dewan masyaraklat sept 2005 hingga ogos 2006.saya dapati mulai sept 2006,tiada lagi cerpen dalam DM.Apakah sebab cerpen tidak lagi disisipkan dalam DM?TQ | Untuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat berdasarkan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP ketika itu kerana majalah Dewan Masyarakat berkonsepkan berita bulanan. | Lain-lain | 01.04.2012 |
assalammualaikum... pada 18 sept 2012 saya ada menghadiri temuduga bagi jawatan ahli fotografi b11...disini saya ini bertanyakan tentang maklum balas bilakah akan mengemukakan jawapan terpilih ataupun tidak...maaf jika mengganggu tuan..dan sekian terima kasih. | Keputusan temuduga jawatan Ahli Fotografi B11 akan dikeluarkan pada akhir Oktober 2012. Calon yang berjaya akan dihubungi dan diminta melapor diri di DBP pada November 2012. | Lain-lain | 10.10.2012 |
Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010? | Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.02.2010 |