Saya ingin tanya penggunaan perkataan serba guna @ serbaguna? contoh ayat: PANDUAN SERBAGUNA GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (5 DALAM 1) | Serbaguna | Tatabahasa | 28.03.2012 |
saya nak tahu ejaan "serbaguna" untuk tajuk contohnya " Panduan Serbaguna Pendidikan Seni" Ejaan perkataan serbaguna perlu dijarakkan atau didekatkan? | Serbaguna | Tatabahasa | 28.03.2012 |
Beg serbaguna (atau holdall dalam bahasa Inggeris) terdapat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bolehkah "Dewan Serbaguna" digunakan dalam bahasa Melayu? | Dewan Serbaguna telah banyak dinamakan bagi bangunan untuk kegunaan awam. | Istilah | 06.09.2011 |
Adakah "Kedai Serbaguna" merangkumi kedai makan atau restoran? | Untuk makluman, tidak ada istilah kedai serba guna, sebaliknya yang tepat ialah kedai serbaneka. Akan tetapi, kedua-duanya berbeza daripada kedai makan atau restoran. | Lain-lain | 24.02.2017 |
Terima kasih atas jawapan berkaitan perkataan "dewan serbaguna". Kami yang pernah mengikuti kursus bahasa Melayu yang dianjurkan oleh DBP telah diajar; terdapat 15 perkataan kata majmuk yang disatukan, iaitu: 1. Antarabangsa 2. Beritahu 3. Bumiputera 4. Jawatankuasa 5. Kakitangan 6. Kerjasama 7. Olahraga 8. Setiausaha 9. Sukarela 10. Suruhanjaya 11. Pesuruhjaya 12. Tandatangan 13. Tanggungjawab 14. Warganegara 15. Matahari Soalan saya: a. Mengapa "serbaguna" tidak tersenarai? b. Ada perkataan selain daripada 15 yang tersebut? c. Jika ada, bolehkah saya dapat senarai penuh (kata majmuk yang boleh disatukan) Sekian, terima kasih. Paul Chai | Serbaguna sebagai padanan "multipurpose" dalam bahasa Melayu dan dianggap sebagai istilah khusus dalam bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Dalam bentuk kata umum kita menerimanya sebagai satu perkataan, walau bagaimanpun kata ini tidak dikategorikan sebagai kata majmuk yang telah mantap. | Tatabahasa | 09.09.2011 |
salam sejahtera, Apakah penggunaan yang betul bagi perkataan suatu, satu dan sebuah dalam ayat berikut, _____________majlis perkahwinan telah diadakan di dewan serbaguna itu. | Tidak perlu penjodoh bilangan bagi majlis, memadai dengan majlis perkahwinan telah diadakan di dewan serbaguna itu. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Istilah dan kegunaan Dewan Serbaguna | Dewan Serba Guna merupakan balai (ruang) tempat diadakan sesuatu. Dewan ini mempunyai pelbagai kegunaan. | Istilah | 02.04.2007 |
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awam | Kemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme. | Makna | 09.02.2008 |
Abdul Raqiib Basiran 19/06/2014 2.58 PAGI Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. 2. Penggunaan kata tanya "apa, di mana, yang mana". Adakah "apa" juga dibolehkan sebagaimana contoh ayat berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna, di mana tempat itu sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo, yang mana telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. Menurut Kamus Dewan, penggunaan "apa" dalam konteks ini dibolehkan. 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan Sekian. Mohon pencerahan. Terima kasih. | 1. Untuk makluman, ia merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. 2. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna yang sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo yang telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. | Tatabahasa | 19.06.2017 |