Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu. | Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui. | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Assalamualaikum, Saya berharap agar dialog di bawah dapat dibetulkan. Terima kasih. Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 20.10.2011 |
(1) Dia menyambut berita itu dengan gembira. (2) Kita boleh keluar makan dengan seronok. Kedua-dua ayat ini ada subjek dan predikat, iaitu gramatis. Harap dapat disahkan. Terima kasih. | Kedua-dua ayat ini mempunyi subjek dan predikat. Walau bagaimanapun, ayat kedua (2) tidak gramatis. | Tatabahasa | 21.01.2013 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pemandangan di sini permai sekali. 2. Seronok betul melihat ragam kanak-kanak itu. 3. Hal itu telah saya rancang. 4. Abang membeli sebuah rumah teras. Terima kasih. | Keempat-empat ayat contoh yang diberikan betul. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Ingin mengetahui sama ada wujud atau tidak perkataan 'wow' dengan 'fuyoo' dalam penggunaan bahasa melayu. | wujud perkataan wau iaitu suara untuk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok. | Tatabahasa | 26.11.2007 |
Saya masih keliru tentang cara penggunaan pembuka dan penutup kata bagi cakap ajuk yang berlangsung sehingga beberapa perenggan. Contoh: Perenggan satu: "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara. Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Soalan saya, perlu kah diletakkan pembuka kata pada pembukaan perenggan kedua sedangkan dialog pertama tadi belum berakhir? | Perenggan satu. "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara." Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Ada beberapa cara seperti boleh gabungkan ayat dalam perenggan kedua dalam perenggan pertama. Hanya perlu masukkan pembuka kata pada pangkal ayat dan penutup kata kata hujung ayat bagi dialog yang diucapkan oleh orang yang sama. Ataupun pada perenggan kedua perlu ada tanda petik pada pembuka kata... "Anak saudara saya.... manakala dihujung ayat bagi perenggan satu perlu ada pelaku dialog seperti ..ibu saudara." cerita Anuar. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |