| Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan aging society, smart society dan super smart society (istilah ini banyak digunakan dalam perbincangan Society 5.0) Terima kasih. | 1. Padanan perkataan "aging society, smart society dan super smart society" dalam bahasa Melayu ialah "masyarakat berusia," "masyarakat pintar" dan "masyarakat unggul" | Istilah | 06.09.2019 |
| istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching Wall | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2023 |
| Salam. Saya ingin bertanya sama ada frasa "pintar peperiksaan" ialah terjemahan langsung daripada "exam-smart". Terima kasih. | Sila berikan contoh ayat penuh yang mengandungi frasa "pintar peperiksaan" dan frasa "exam-smart"supaya kami mendapat maklumat yang jelas. Dalam penelitian kami "Exam-Smart ialah nama khas program/aplikasi. | Makna | 27.02.2019 |
| ejaan perkataan dalam tulisan jawi : Smart | Tulisan Jawi untuk "smart" bergantung kepada sebutan yang tuan pilih. Jika sebutannya tanpa bunyi "R" ejaannya سمت tetapi jika sebutannya ada bunyi "R" ejaannya ialah سمرت | Ejaan | 19.10.2016 |
| apakah terjemahan smart kasual di dalam bahasa melayu? | Terjemahan yang sesuai bagi smart casual ialah Pakaian Kasual Kemas | Makna | 19.10.2016 |
| Apa terjemahan pakaian "smart casual"? | Cadangan padanan bagi istilah smart casual dalam bahasa Melayu ialah kasual kemas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.09.2024 |
| Apakah smart pet feeder dalam bahasa Melayu? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa smart pet feeder ialah penyuap pintar haiwan peliharaan. Padanan frasa ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.08.2025 |
| Suruhanjaya Tenaga mempunyai tagline Be Energy Smart. Boleh bantu kemukakan tagline terjemahan dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi slogan iklan Be Energy Smart ialah Jadilah Pengguna Elektrik yang Bijak. | Makna | 15.03.2019 |
| Saya ingin mendapatkan perkataan Bahasa Malaysia untuk: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids. Terima kasih | Padanan bagi frasa: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids tidak ada dalam sumber rujukan kami. Agak sukar untuk kami memberikan cadangan terjemahan kerana tidak mengetahui bidang penggunaannya. Kami berusaha juga untuk menyuaipadankan dengan kata/istilah yang ada, malangnya tidak sesuai. Contohnya: energy layout - energy bermaksud tenaga, manakala terjemahan lay out ialah reka letak atau susun atur. Jika digandingkan kedua-dua terjemahan ini menjadi 'reka letak tenaga', tetapi frasa ini tidak membawa apa-apa maksud yang boleh difahami. Harap pihak saudara dapat menghubungi kami semula untuk perbincangan lanjut. | Istilah | 29.03.2011 |
| "Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia Dalam Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Bisnes Pintar Saya sedang membuat penerjamaan dari Eng to BM untuk iklan syarikat saya di KLIA. Boleh tolong semak atau bagi idea sikit tak? Jeff Wong jeffwong_604@yahoo.com | "Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia mencapai Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Perniagaan Pintar | Makna | 30.03.2020 |