| Manakah satu rangkaian yang betul? Menambah tekanan atau meningkatkan tekanan? | Kedua-duanya frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat. Contoh ayat seperti yang berikut: 1. Stesen pam yang digunakan untuk menambah tekanan aliran cecair seperti air, minyak dan gas. 2. Sesuatu bahan yang dapat meningkatkan tekanan darah. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apakah nama jawatan bagi pekerja di stesen minyak yang membantu mengisi minyak. Adakah atendan pam, atau kelindan? Terima kasih | Untuk makluman, jawatan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, frasa yang paling hampir ialah pembantu pam minyak. | Lain-lain | 19.01.2017 |