Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Subject


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Subject: PENCARIAN MAKSUD PERKATAAN PEWAI Asslamualaikum wbt, Merujuk perkara di atas, saya benama Nurhilmiyani bt Ismail berminat ingin mencari maksud perkataan pewai dan penggunaan perkataan tersebut. Setelah mencari menggunakan perkhidmatan carian/ carian bestari, saya gagal menemui maksud perkataan tersebut. Berdasarkan pencarian saya sebelum ini, perkataan ini digunakan untuk menggambarkan keadaan yang terlalu letih terutama ketika mendaki gunung/ bukit yang mencabar. Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya dan memberi pencerahan yang sewajarnya. Sekian, Terima Kasih -- Nurhilmiyani bt Ismail, Pembantu Penyelidik, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Hp:013-6319101 Email: nurhilmiyani89@gmail.comKata pewai tidak terakam dalam kamus DBP mahupun korpus DBP.  Selain itu, belum ada kajian berkaitan kata pewai sama ada dialek, slanga, kreol, atau istilah. Kami akan menghubungi puan apabila kami mempunyai maklumat yang berkaitan.Makna14.09.2017
saya mengulangkaji subject bahasa malaysia "effective practise: keluaran oxford fajar. Saya tidak faham perkataan "dedekak". bolehkah saya mencari maksudnya disini? terima kasihIstilah dedekak tidak ditemui dalam mana-mana sumber rujukan/bahan terbitan kami. Namun istilah yang paling hampir dengan perkataan ini ialah dekak-dekak yang bermaksud sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa.  Istilah25.04.2010
Subject Matter Expert dalam Bahasa MelayuSubject Matter Expert ialah orang yang pakar dalam sesuatu bidang, dalam konteks di sekolah/institusi pendidikan istilah yang digunakan ialah Pakar Bidang.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2019
Bagaimana untuk terjemahkan "subject to availability"? Adakah "Tertakluk kepada kesediaadaan"?cadangan terjemahan ialah tertakluk pada kesediaadaanPenyemakan dan penterjemahan28.04.2020
"Apakah paling tepat " subject to exigencies of duty " dalam bahasa Malaysia ? Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah yang khusus untuk "exigencies of duty" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "exigencies of service" yang padanan bahasa Melayunya ialah desakan perkhidmatan. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "exigencies of duty" ialah ialah desakan tugas.Istilah04.01.2013
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA Subject : PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT KOMUNITI DI MALAYSIA – SATU CADANGAN PEMOHONAN SUMBER KEWANGAN SOKONGAN Attachment : 130627MALDEWANBAHASAGERANKOMUNITI.docUntuk makluman tuan, untuk memohon tajaan daripada DBP dalam program kebahasaan sila kemukakan surat permohonan berserta kertas cadangan pelaksanaan program kepada Puan Rossilawaty Sheriff, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel rosila@dbp.gov.my.Lain-lain27.06.2013
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'subject to' dalam konteks terma dan syarat (undang-undang)? Sama ada 'tertakluk kepada' atau 'tertakluk pada' terma dan syarat?
 Padanan yang betul ialah Tertakluk pada terma dan syarat.
Tatabahasa02.02.2021
Bolehkah metrics diterjemahkan sebagai metrik dalam Bahasa Malaysia? contoh dalam ayat berikut: Institutions are subject to two types of self-assessments: general institution metrics (e.g. management, resources and facilities) and programme-based evaluation with different weightages assigned Terjemahan: Institusi adalah tertakluk kepada dua jenis penilaian kendiri: metrik institusi umum (cth. pengurusan, sumber dan kemudahan) dan penilaian berasaskan program dengan pemberat berbeza yang ditetapkan Terima kasih

Dalam contoh ayat “Institusi adalah tertakluk kepada dua jenis penilaian kendiri: metrik institusi umum (cth. pengurusan, sumber dan kemudahan) dan penilaian berasaskan program dengan pemberat berbeza yang ditetapkan” terjemahan metrics kepada perkataan metrik boleh digunakan.

Lain-lain13.04.2022
Adakah "issuer's credit" boleh diterjemah kepada "kredit pengeluar"? Konteks ayat berkaitan pengeluar bon. "Subject to Issuer’s Credit / Default Risk."Mohon kemukakan takfiran perkataan issuer's credit bagi membantu kami mendapatkan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan28.01.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan, 1. This document is the property of UOP and is subject to return on demand. TT: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk kepada kepulangan di atas permintaan. 2. Disclosure of information herein embodied is prohibited except as is expressly authorized by UOP. TT: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan seperti adanya secara tersurat oleh pihak UOP. Minta bantuan pihak tuan/puan nilai terjemahan ayat 1 dan terjemahan istilah undang-undang (as is) dalam konteks ayat 2. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,
Ayat pertama: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk pada pemulangan atas permintaan.

Ayat kedua: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan secara tersurat oleh pihak UOP.

 Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan18.07.2017
123

Kembali ke atas