| Saya ingin membuat kaji selidik. Untuk tajuk, mohon pengesahan adakah: a) Survey on Electronic Payment (e-payment) Method; b) Survey on Electronic Payment (e-Payment) Method; c) Survey on Electronic Payment (E-payment) Method; d) Survey on Electronic Payment Method (e-payment); e) Survey on Electronic Payment Method (e-Payment); atau f) Survey on Electronic Payment Method (E-payment); | Sila berikan setiap tajuk tersebut dalam bahasa Melayu supaya pihak kami dapat memberikan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Makna | 12.06.2020 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan tepat bagi 1. Bespoke survey 2. Visioning workshop Saya memeriksa dan dapati 1. Bespoke survey merujuk kepada survey yang telah dipesan terlebih dahulu. Saya tidak pasti apa panggilan khas perkataan ini dalam Bahasa melayu. 2. Visioning workshop merujuk kepada Bengkel Wawasan tetapi saya tidak pernah menemui perkataan ini. Bolehkah saya mendapatkan penjelasan lanjut? Tkasih. | Padanan bagi istilah bespoke survey ialah tinjauan reka khas; tinjauan khusus.Padanan bagi istilah visioning workshop ialah bengkel wawasan.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 12.08.2022 |
| Salam, Saya ingin bertanya adakah perkataan "Survey" di dalam Bahasa Inggeris bersamaan "Survei" di dalam Bahasa Melayu. Saya ada menerima dokumen rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan tajuk dokumen tersebut ialah "Survei Pembinaan...." | Kata survei diambil daripada kata survey dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu yang ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata survei banyak digunakan, misalnya dalam contoh seperti yang di bawah: survey analysis - analisis survei; analisis tinjau selidik survey population - populasi servei;penduduk tinjau selidik survey area - kawasan survei mapping survey - survei pemetaan | Kata survey juga diterjemahkan sebagai tinjauan (contoh: preliminary survey - tinjauan awal), kaji selidik (contoh: survey sampling - pensampelan kaji selidik) dan tinjau selidik (contoh: household survey - tinjau selidik isi rumah). | Istilah | 04.04.2023 |
| Apakah istilah yang tepat bagi perkataan 'exit survey'? | Dalam data kami terdapat perkataan exit interview yang padanan istilah bahasa Melayunya ialah temu duga keluar. Oleh itu, bagi perkataan exit survey, kami mencadangkan tinjauan keluar sebagai padanan istilah bahasa Melayunya. | Istilah | 06.12.2019 |
| Apakah terjemahan kepada Bahasa Malaysia bagi perkataan seperti di bawah: INTERNAL SURVEY FOR FINANCIAL LITERACY BASELINE (FLB) Contoh: A. Kajiselidik dalaman untuk garis dasar celik kewangan B. Kajiselidik dalaman untuk asas celik kewangan tq | Terjemahan yang dicadangkan untuk "Internal Survey for Financial Literacy Baseline (FLB) ialah Kaji Selidik Dalaman untuk Garis Dasar Celik Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2016 |
| Saya ingin menjalankan kajiselidik ke atas 'Employee Engagement Survey', tapi tidak dapat terjemahan yang betul untuk perkataan 'Engagement'. Yang ada cuma pertunangan; saya tak rasa ini adalah perkataan yang saya cari. Harap dapat bantu dengan perkataan yang paling sesuai. Terima kasih.-Mohaini. | Engagement boleh diterjemahkan kepada keterlibatan, perjanjian , pengambilan kerja, dan pertunangan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=engagement dan lihat konteks penggunaan yang tuan maksudkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.01.2015 |
| Tajuk kajian dalam bahasa inggeris adalah: "TRANSLATION AND VALIDATION OF TEAMWORK SURVEY QUESTIONNAIRE (TSQ) FOR MALAYSIAN HEALTHCARE SERVICES" dan telah ditukarkan ke bahasa melayu dengan tajuk: BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TRANSLASI DAN PENGESAHAHSAHIHAN ALAT TINJAUAN KERJA BERPASUKAN UNTUK PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA soalan saya: Adakah penggunaan VALIDATION kepada PENGESAHSAHIHAN itu tepat atau penggunaan KESAHIHAN lebih tepat dalam konteks tajuk di atas? Terima kasih. | Terjemahan untuk "VALIDATION" dicadangkan "PENGESAHSAHIHAN". Cadangan terjemahan tajuk kajian tersebut ialah TERJEMAHAN DAN PENGESAHSAHIHAN TINJAUAN BORANG SOAL SELIDIK KERJA BERPASUKAN BAGI PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2015 |
| berikut merupakan perkataan dalam bahasa inggeris yang memerlukan terjemahan kepada bahasa melayu. terma2 ini untuk digunakan dalam kajian berbentuk survey kesihatan. jadi kami memerlukan istilah yang betul2 menepati pemahaman umum. terutamanya soalan 2-6 (melibatkan kekerapan): 1. poor vision 2. all of the time 3. most of the time 4. half of the time 5. some of the time 6. none of the time sekian, terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. poor vision - sangat kabur 2. all of the time - sepanjang masa 3. most of the time - sangat kerap 4. half of the time - kerap 5. some of the time - tidak kerap 6. none of the time - tiada | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2016 |
| mohon maaf kerana soalan saya mungkin berulang daripada yang sebelum ini, tapi ada sedikit penambahan dan lebih terperinci. berikut merupakan perkataan dalam bahasa inggeris yang memerlukan terjemahan kepada bahasa melayu. terma2 ini untuk digunakan dalam kajian berbentuk survey kesihatan. jadi kami memerlukan istilah yang betul2 menepati pemahaman umum. : 1.OCULAR SURFACE DISEASE INDEX. 2.BLURRED VISION. 3.POOR VISION. soalan seterusnya melibatkan isu kekerapan. dan ia perlulah dibezakan tanpa keraguan: 4.ALL OF THE TIME. 5.MOST OF THE TIME. 6.HALF OF THE TIME. 7.SOME OF THE TIME. 8.NONE OF THE TIME Dilampirkan bersama-sama ini borang survey dalam bahasa inggeris tersebut. sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. ocular surface disease index - indeks penyakit permukaan okulus 2. blurred vision - kabur 3. poor vision - sangat kabur 4. all of the time - sepanjang masa 5. most of the time - sangat kerap 6. half of the time - kerap 7. some of the time - tidak kerap 8. none of the time - tiada | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2016 |
| mohon cadangan bagi penggunaan istilah "Successive Independent Samples Design" dalam Bahasa Melayu. Contoh penggunaannya: In the successive independent samples design, different samples of respondents from the population complete the survey over a time period | Cadangan kami ialah reka bentuk sampel bebas. Walau bagaimanapun padanan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konsep sebenar dalam bahasa sumber. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2017 |