salam sejahtera, nama sya amirul. sya nak tnya apa yg dimaksudkan dengan likuida dan morfofonemik dalam bahasa melayu...sya harap pihak tuan akan memberi keterangan dengan lebih lanjut ttg soalan yg sya ajukan itu...terima kasih.... | Likuida ialah sejenis konsonan dalam ilmu linguistik. Sila rujuk buku linguistik untuk mengetahui maklumat tersebut dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 26.07.2010 |
sya akan menunjukkan langkah demi langkah kepada pengunjung itu untuk menggunakan mesin gelongsor buku supaya dia memahami cara penggunaannya dan berjaya memulangkan buku. adakah ayat ini betul dan gramatis? | Ayat yang betul ialah “Saya akan menunjukkan langkah penggunaan mesin gelongsor buku kepada pengunjung supaya mereka faham cara pemulangan buku menggunakan mesin berkenaan.” | Tatabahasa | 09.10.2024 |
Sya berada bersendirian di rumah. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya bersendirian di rumah." | Tatabahasa | 28.10.2022 |
Sya tertulis nombor pengenalan isteri saya pada ruang yang salah. Ayat di atas betul ke? | Cadangan jawapan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan ialah, Saya tertulis nombor kad pengenalan isteri pada ruang yang salah. | Lain-lain | 07.04.2022 |
sya mahu menghubungi Dewan Sastera | Puan, Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) bolehlah dihubungi melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261. | Lain-lain | 20.03.2015 |
sya ingin kepastian bagaimanakh ingin mengenalpasti pada keadaan yang bagaimana penggunaan di harus dirapatkan atau dijauhkan. penggunaan diantara dirapatkan atau dijarakkan | Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: 1. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pelajaran. 2. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan. Awalan di digabungakan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contohnya: 1. Surat itu ditulis oleh adik saya. 2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel. | Tatabahasa | 25.05.2012 |
Sya ingin membuat pertanyaan? Adakah penanda wacana dikira sebagai satu patah perkataan atau dua patah perkataan? Contohnya selain itu. Bagaimana pula dengan Di samping itu.... | Bilangan patah perkataan bagi penanda wacana "selain itu" dikira sebagai dua patah perkataan manakala "Di samping itu" dikira sebagai tiga patah perkataan. | Lain-lain | 23.01.2011 |
Sya ingin tahu adakah DBP ada keluaran kamus dwibahasa istilah perubatan atau biologi. Bahasa inggeris-BM | DBP telah menerbitkan kamus/istilah perubatan dan biologi (dalam bentuk elektronik tidak ada). Kini DBP sedang menyiapkan kamus/istilah subbidang perubatan (khusus dalambidang tertentu) untuk diterbitkan tidak lama lagi | Lain-lain | 14.01.2009 |
Sya ingin tahu adakah DBP ada keluaran kamus dwibahasa istilah perubatan atau biologi. Bahasa inggeris-BM yang bercetak atau elektronik | DBP telah menerbitkan kamus/istilah perubatan dan biologi (dalam bentuk elektronik tidak ada). Kini DBP sedang menyiapkan kamus/istilah subbidang perubatan (khusus dalambidang tertentu) untuk diterbitkan tidak lama lagi. | Lain-lain | 14.01.2009 |
sya ingin mengetahui maksud bagi perkataan kognitif dan psikomotor. | Psikomotor ialah istilah psikologi, iaitu pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental. Kognitif berkaitan dgn kognisi, iaitu proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu. | Makna | 30.07.2007 |