Aslmkm....blh tk di tonton secara online forum ni, bg yang tk berpeluang menghadirinya secara live. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tiada rakaman atau siaran langsung dibuat. Boleh terus datang ke DBP. Terima kasih | Lain-lain | 12.03.2014 |
Pelbagai perkara akan berlaku jika masalah berlumba di jalan raya tidak diselesaikan dengan segera. Munsyi, adakah ayat ini gramatis? TK, pada pendapat saya, berlumba tidak sesuai digunakan. TK | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berlumba sama dengan berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan yang bermaksud berdahulu-dahuluan, berlawanan. Oleh itu, penggunaan perkataan "berlumba" dalam ayat yang diberikan adalah betul. | Makna | 15.04.2012 |
Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK. | Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam. | Makna | 07.11.2006 |
Munsyi, Pendapat yang disampaikan oleh remaja itu agak mentah dan sukar diterima. (adakah mentah sesuai digunakan? jika tidak, apakah istilah yang sesuai digunakan? TK) Suhu di dalam bilik komputer ini sungguh beku. (adakah beku salah dan wajar digantikan dengan apa?) TK banyak | Antara maksud mentah ialah belum sempurna akal, fikiran dan sebagainya. Perkataan mentah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan beku tidak sesuai digunakan dalam kontek ayat tersebut. Suhu lazimnya dikaitkan dengan panas atau sejuk. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.
| Tatabahasa | 21.07.2012 |
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TK munsyi sesetengah peserta atau sesetengah daripada peserta? Munsyi, bilakah daripada digunakan bersama dengan kata bilangan? TK | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Frasa yang betul ialah sesetengah peserta atau setengah-setengah peserta. Sesetengah atau setengah-setengah bermaksud beberapa (orang dan lain-lain), Setengah bermaksud separuh atau seperdua. | Tatabahasa | 09.04.2012 |
1.Pihak polis telah berjaya mengumpul pelbagai maklumat sebaik sahaja kejadian itu disiarkan melalui akhbar. tuan, jawaban ialah sebaik salah, apakah pandangan munsyi? TK 2Puan Intan sering teringat-ingat peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan rumahnya dulu. tuan, jawaban yang tiada kesalahan, tetapi saya sepatutnta teringat-ingat akan, apakah pandangan tuan? TK | 1. Sebaik juga bermaksud sebaik-baik, namun lazimnya kita menggunakan perkataan sebaik-baik dalam konteks ayat tersebut. Lihat Kamus Dewan untuk melihat maknanya. 2. Frasa yang betul ialah "teringat-ingat akan". | Tatabahasa | 20.02.2013 |
TERJEMAHAN "threaded discussion" TK DBP | Cadangan terjemahan kami ialah perbincangan berterusan. Walau bagaimanapun, sila lihat konteks penggunaan frasa ini. | Istilah | 14.02.2012 |
apakah maksud "Apa tidaknya" tk | Sila berikan contoh perkataan dalam ayat kerana soalan yang diajukan tidak difahami. | Makna | 24.12.2022 |
Apakah terjemahan bagi 'macroscopic'? Tk. | Merjuk daftar istilah, macroscopic ialah makroskopik dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan objek yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa mikroskop. Untuk mengetahui istilah, sila rujuk daftar istilah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 20.03.2009 |
Apakah terjemahan bagi 'polyunsaturated'? Tk. | Terjemahannya ialah politaktepu. Sesuatu yang mengandung lebih dari dua atau tiga ikatan dalam molekul seperti sayur-sayuran tertentu atau lemak binatang. | Istilah | 20.03.2009 |