| Salam sejahtera. 1. " Tolong ! Tolong ! Rumah saya terbakar," jerit pemuda itu. 2. " Tolong, tolong ! Rumah saya terbakar, " jerit pemuda itu. Ayat yang mana betul ? Terima kasih. | Ayat yang betul: "Tolong! Tolong! Rumah saya terbakar!" jerit pemuda itu. | Tatabahasa | 21.07.2016 |
| soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |
| minta tolong betulkan tanda baca ayat berikut : " Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya," jerit Abu! | Penggunaan tanda baca yang betul - "Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya, jerit Abu." | Tatabahasa | 15.04.2011 |
| Mengapa ayat-ayat berikut salah? a) Tolong! Tolong! Ada orang lemas di sungai! b) Majikan lebih cenderung mengambil pekerja dari kalangan pendatang asing. | Ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Majikan lebih cenderung mengambil pekerja daripada kalangan pendatang asing. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
| Tuan, penggunaan sila / tolong. Manakah yang betul? 1. (Sila / Tolong) membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. (Sila / Tolong) patuhi peraturan sekolah. 3. (Sila / Tolong) jaga kebersihan tandas. Terima kasih. | Soalan:1. (Sila / Tolong) buang sampah ke dalam tong sampah. 2. (Sila / Tolong) patuhi peraturan sekolah. 3. (Sila / Tolong) jaga kebersihan tandas. Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila" digunakan. | Tatabahasa | 13.03.2015 |
| Tolong berdiam Tolong diam Yang manakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah "Tolong diam!" | Tatabahasa | 15.10.2023 |
| 1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih. | Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu. | Tatabahasa | 28.02.2017 |
| Tolong / Minta kakak ke kaunter untuk mengambil barang yang tertinggal. Tolong atau Minta, mana satu jawapan yang betul? | Tolong - Digunakan untuk menyatakan permintaan, arahan, harapan dan sebagainya secara lembut. Contohnya, “Tolong jangan bunuh aku!” katanya terketar-ketar. Minta - Digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar.” Ayat tersebut sesuai menggunakan kata perintah “tolong”: “Kakak, tolong pergi ke kaunter untuk mengambil barang yang tertinggal.” Penggunaan kata perintah “tolong” dan “minta” perlu disesuaikan mengikut konteks tertentu dalam ayat. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1467 dan 2393. | Tatabahasa | 15.10.2025 |
| Tolong semak jawapan saya. Terima kasih. Tukarkan ayat aktif ayat pasif. 1.Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu. Jwp: Semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja. 2.Kini, kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. Jwp: Hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani kini setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 3.Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 4.Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. 5.Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Jwp: Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim. | Ayat pasif yang betul ialah: - Semak samun di kiri dan kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
- Kini, hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 483 hingga 493 dan 562 hingga 566. | Tatabahasa | 18.05.2026 |
| Tolong berikan contoh ayat yang menggunakan "salah satu" dan "satu daripada" mengikut konteks. | Contoh penggunaan kata "salah satu" dan "satu daripada" dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Congkak merupakan salah satu jenis permainan tradisional. 2. Sapsucker merupakan satu daripada sekumpulan burung dalam famili belatuk. | Tatabahasa | 17.04.2025 |