Assalamualaikum, Saya Kapten Ali Mohamad, Pegawai Media di Bahagian Perhubungan Awam TUDM. saya ingin mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat dari pihak tuan berhubung dengan penerbitan buku berkaitan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pejabat saya telah menerima permohonan dari seorang individu yang berhasrat untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku berkaitan kerjaya dalam pasukan TUDM. Penulis berkenaan telah memohon kebenaran dari pihak TUDM bagi menerbitkan buku tersebut. Untuk makluman pihak tuan, pengisian/kandungan buku tersebut adalah menjurus kepada maklumat/informasi yang ingin disampaikan kepada pembaca berkenaan kerjaya dalam TUDM yang boleh disertai oleh masyarakat malaysia. Kos penerbitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu terbabit.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak TUDM ingin mendapatkan nasihat dari pihak tuan khususnya berkaitan perundangan, hak dan royalti bagi penerbitan buku tersebut. | Lazimnya penerbit akan menyediakan suatu kontrak dengan penulis yang akan memperturunkan segala syarat dan terma penerbitan sebelum sesebuah buku itu diterbitkan. Kontrak atau perjanjian ini hendaklah dipersetujui bersama (penerbit dan penulis), ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disetemkan agar menjadi suatu dokumen yang sah dari segi undang-undang. Hak dan tanggungjawab penulis dan penerbit akan termaktub di dalam kontrak yang disediakan. Setiap buku atau karya yang diterbitkan akan diberi ganjaran oleh penerbit sama ada dalam bentuk honorarium atau bayaran royalti mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh penerbit yang berkenaan. Kadar peratus royalti untuk penulis dan kaedah bayarannya tertakluk pada dasar penerbitan penerbit tersebut. | Lain-lain | 16.10.2013 |
Rapid Rescue Vecihicle-Pikap Bomba Airforce-Pikap TUDM | Rapid Rescue Vecihicle-Pikap Bomba Airforce-Pikap TUDM | Lain-lain | 19.10.2011 |
BOLEH TERANGKAN KRITERIA YANG MEMBOLEHKAN SESUATU JABATAN ATAU ORGANISASI MENGGUNAKAN ISTILAH "PANGKALAN UDARA". UNTUK MAKLUMAN TUAN, SAYA TELAH MENERIMA TEGURAN DARI SALAH SEORANG ANGGOTA TUDM BERKENAN ISTILAH PANGKALAN UDARA. BOLEH SAYA DAPATKAN MAKSUD ISTILAH PANGKALAN UDARA DARI SUDUT PANDANGAN PIHAK TUDM SUPAYA TIDAK LAGI MENDAPAT KEKELIRUAN MENGENAI PERKARA YANG BERBANGKIT. SEKIAN TERIMA KASIH | Mengikut istilah bahasa Melayu "air base" bermaksud "pangkalan udara". Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kriteria penamaan pangkalan udara, sila rujuk jabatan/organisasi yang lebih arif tentang perkara tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2021 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |
Mencemar duli sesuai atau tidak digunakan untuk sultan yang menunaikan solat di masjid? | Takrifan mencemar duli berserta contoh ayat dalam Kamus Dewan Perdana: mencemar duli bd (berkenaan dengan raja, sultan dan sebagainya) sudi datang atau pergi ke: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli ke Masjid Pangkalan Udara TUDM, Subang untuk menunaikan solat Jumaat. Baginda turut mencemar duli untuk menyaksikan sambutan Hari Merdeka pada pagi ini. (KDP 2020: 410) Mencemar duli sesuai digunakan untuk sultan yang datang atau pergi ke sesuatu tempat, termasuklah masjid untuk menunaikan solat. Takrifan mencemar duli dalam Kamus Dewan Perdana diberikan label bd (bahasa diraja), iaitu kata yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja, golongan istana, atau antara keluarga diraja dengan rakyat jelata.
| Lain-lain | 30.03.2025 |