Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; juru~ orang yg memberi pen­jelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
disalah tafsir atau disalahtafsirkan? boleh berikan penjelasannya juga? terima kasihSalah tafsir ialah kata majmuk dan perlu ditulis berasingan. Sekiranya ditambah imbuhan "di" hadapan sahaja, kata majmuk ini tetap dieja sebagai dua perkataan, iaitu disalah tafsir. Kata majmuk akan dieja bercantum sekiranya ditambah imbuhan di hadapan dan di belakang. Contohnya: disalahtafsirkan, mencampuradukkan dan diurusniagakan.Ejaan03.05.2013
Ingin tahu tafsir perkataan yang betul" Production" yang digunakan dalam penghasilan audio video. Apabila saya membuat semakan "Produksi" (Bahasa indonesia) Cth: Produksi, pra-produksi, pasca produksi Jika diguna perkataan "Penerbitan" pula sering dikaitkan dengan pencetakan atau "Publication". Adakah perkataan Produksi Audio Video diterima pakai dalam Bahasa Malaysia yang betul?Terjemahan pelbagai istilah production ke dalam bahasa Melayu ialah penerbitan, pengeluaran dan penyiaran mengikut konteks penggunaannya. Bidang Komunikasi Massa menerima pakai istilah penerbitan, manakala bidang Teknologi Maklumat menerima pakai istilah pengeluaran dan penyiaran. Berdasarkan konteks penggunaan istilah tersebut, padanan yang sesuai ialah production - penerbitan/pengeluaran, preproduction - prapenerbitan, postproduction - pascapenerbitan. Dalam Daftar Istilah MABBIM perkataan produksi digunakan di Indonesia tetapi Malaysia dan Brunei tidak menerima pakai istilah tersebut.Istilah27.03.2012
Apakah huruf t dalam tafsir gugur apabila diimbuhkan dengan awalan me? Terima kasihTidak digugurkan huruf t dalam ejaan mentafsirkan kerana perkataan tersebut dikira sebagai perkataan asing, (bahasa arab).Ejaan20.11.2006
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor)”. Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; “… tidak akan menjadi najis”. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih.Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.Tatabahasa19.04.2012
Saya selalu hadapi masalah bila menulis ayat yang mengandung kata 'reka bentuk' jika ditambah awalan me. Contoh ayat: Kerja-kerja mereka bentuk akan siap sebulan lagi. Saya dapati kata awalan me + reka bila digabung selalu sering disalah tafsir jadi 'mereka' (they). Untuk atasi masalah ini, saya lebih suka menggabungkan istilah itu jadi satu kata tunggal 'rekabentuk' untuk disesuaikan dengan kata 'design' dalam bahasa Inggeris. Jadi apakah ada kreteria yang perlu saya tahu untuk menulis satu istilah yang terdiri dari gabungan dua kata seperti ini? Mohon jawapanEjaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk hendaklah ditulis secara terpisah iaitu dua perkataan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut dan boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui ejaan yang tepat.Tatabahasa22.02.2013
Salam, saya ingin bertanya berkenaan penghasilan soalan klon mengikut kertas peperiksaan. Saya merupakan seorang editor, saya ingin tahu dari segi apa yang dikatakan sebagai soalan klon?Adakah melalui isinya yang ditiru hampir dengan soalan kertas peperiksaan, atau dari segi format, atau dari segi jenis atau struktur soalan?Acapkali definisi soalan klon yang saya dapat melalui penulis agak berbeza-beza. Atau sebenarnya soalan klon itu bergantung kepada penulis itu sendiri untuk 'meniru' bahagian2 tertentu atau sebenarnya selama ini para penulis kami silap tafsir dalam definisi soalan klon kertas peperiksaan?Dan jika sudah namanya soalan klon, adakah ini bermakna setiap penggunaan tatabahasa seperti imbuhan 'kan', atau sebagainya perlu sama seperti kertas peperiksaan?Harap2nya soalan saya ini jelas dan semoga DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan klon bermaksud  produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak ada tafsiran yang jelas tentang soalan klon yang saudara perlukan dalam pangkalan data kami. Hal ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih arif termasuklah dalam hal perundangan, sedangkan kamus hanya dapat memberikan makna kata tersebut dari aspek umum.Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas