Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak sempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tak dan

Puisi
 

Kami tak tahu padi tak jadi,
     Beli juga beras perahu;
Kami tak tahu orang tak sudi,
     Balas juga dengan tak tahu.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(75)

463

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada gading yang tak retak

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada gading yang tak retak. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(104)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah persamaan atau perbezaan bagi perkataan "tak terkira" dan "tak terhingga". Adakah kedua-dua perkataan ini boleh membawa maksud terlalu banyak? Adakah salah satu perkataan ini mempunyai makna yang serupa? Terima kasih.Frasa "tak terkira" dan "tak terhingga" membawa maksud yang sama iaitu terlalu banyak. Makna27.08.2024
Adakag frasa "tak lain tak bukan" itu gramatis digunakan? Kalau ya, maka mohon jasa DBP memberikan contoh ayat.

Frasa yang betul ialah  “tak lain dan tak bukan”

 

Hasrat kita tak lain dan tak bukan adalah untuk memastikan kemakmuran negara berkekalan.

Lain-lain30.04.2023
Apakah konsep kata kerja transitif dan tak transitif?Berikan skali contoh-contoh ayat kata kerja transitif dan tak transitif.

Saudara Atie,

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul.

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Contohnya, Semua orang pulang. Dia menjadi guru. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Tatabahasa15.01.2010
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi kepada dua iaitu berbilang dan tak berbilang. Bagaimanakah kita membezakan antara konsep berbilang dan tak berbilang. Berikan contoh. Mengapakah "senyuman" dikategorikan dalam kumpulan "berbilang" padahal senyuman tidak dapat dibilang ?

Encik Rahim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Encik Rahim setahu saya juga mengikut buku-buku tatabahasa senyuman diletakkan sebagai kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang. Pertanyaan saya daripada manakah Encik Rahim mendapat penjelasan yang mengatakan senyuma itu diletakkan  sebagai boleh dibilang. Terima kasih.

Tatabahasa10.04.2009
Selamat pagi, tuan. Berkenaan dengan kata kerja transitif dan tak transitif. (2 soalan) 1. merangkak - kata kerja tak transitif? Contoh Ayat(a) : Adik yang berumur 6 bulan sudah pandai merangkak. (b): Dia merangkak di bawah pokok. Adakah kedua-dua ayat penggunaan merangkak adalah betul? 2. bertempiaran - Adakah bertempiaran ialah kata kerja tak transitif? - Dia berlari bertempiaran. salah? kerana berlari : berlari (kata kerja) + bertempiaran(kata kerja) sepatutnya menjadi : lari bertempiaran. Dengan demikian, lari sekarang menjadi kata kerja dan bertempiaran ialah kata adverd. Adakah pemahaman saya ini betul? harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

1. Perkataan “merangkak” merupakan kata kerja tak transitif. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

2. Perkataan “bertempiaran” ialah kata kerja tak transitif. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Mereka bertempiaran apabila dikejar anjing.” Perkataan “berlari” tidak perlu digunakan kerana “bertempiaran” sudah membawa maksud berlari ke sana ke mari dengan tidak tentu arah atau haluan.

Tatabahasa21.04.2022
1. tolong jelaskan penggunaan 'yang' pada awal kata.Adakah 'yang' boleh digunakan pada awal kata ataupun tidak? 2. bolehkah menggunakan singkatan perkataan seperti tak dan nak serta ni untuk ucapan rasmi? kenapa? 3. bolehkah menggunakan bahasa tempatan dalam ucapan rasmi? contohnya adalah seperti berikut "orang Kedah kata dia mangkaq...kelakaq orangnya..."Jawapan 1:
"Yang" pada awal kata biasanya digunakan bagi rujukan kehormat untuk pembesar atau pemimpin negara.
Contohnya : Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara), Yang Amat Berbahagia (Tun dan Toh Puan), Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar). Bagi ayat biasa, perkataan "yang" tidak sesuai digunakan pada awal kata kerana perkataan  "yang" menuru Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan : rumah yang besar itu; orang yang sakit itu.

Jawapan 2:
Bagi ucapan rasmi atau berbentuk formal, perkatan "tak", "nak" dan "ni" tidak boleh digunakan dan biasanya digantikan dengan perkataan "tidak", "hendak" dan "ini" mengikut kesesuaian ayat. 

Jawapan3:
Tidak boleh menggunakan bahasa tempatan atau loghat negeri dalam ucapan rasmi.
Tatabahasa28.03.2013
Salam sejahtera. Apa yang saya harus buat jika singkatan "aku" iaitu "ku" bertemu dengan singkatan "tidak" iaitu "tak"? Contoh ayat: Ku tak ingin dia ragu. Adakah "ku" dan "tak" digabungkan?

Ayat yang baku ialah “Aku tidak ingin dia ragu.” Namun begitu, gabungan penggunaan “ku” dantak” iaitu “Kutak ingin dia ragu” dibenarkan dalam teks sastera.

Tatabahasa21.01.2023
Adakah perkataan yang bermula dengan imbuhan 'ber' ialah Kata Kerja Tak Transitif dan i dengan kata sendi nama mesti diikuti kata sendi nama selepasnya??Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- bersifat tak transitif, iaitu tak transitif tanpa pelengkap seperti berjalan dan tak transitif berpelengkap seperti berbuat jahat. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 163. Kata kerja yang dibentuk dengan akhiran -i (tanpa awalan) wujud dalam dua bentuk, iaitu dalam ayat pasif diri pertama seperti Perangai yang baik itu akan kami contohi dan dalam ayat suruhan Tolong baiki basikal ini. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 187.Tatabahasa20.05.2011
apakah perbezaan penggunaan imbuhan meN dalam kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif?

Awalan meN- dapat hadir dalam kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya, seperti ayat Saya telah menjawab surat itu. Kata kerja tak transitif boleh berdiri tanpa objek sebagai pelengkap, seperti ayat Padi sedang menguning. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 144.


Tatabahasa20.01.2011
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun

Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,

     Lokan dikutip di tepi laut;

Cantik bukan kaya pun bukan,

     Mengapa pula hati terpaut.

Contoh pantun enam kerat:

Tempayan pecah jangan diterap,

Boleh buat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

 

 

Lain-lain15.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas