Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera encik. 1. Pemandangan di Taman Negara sangat indah. 1a. Pemandangan Taman Negara sangat indah. perlukah kata sendi nama di dalam ayat 1? Ayat 1a ini betul atau salah jika tiada kata sendi nama di? Harap encik dapat bantu saya. terima kasih.Ayat yang betul:  Pemandangan Taman Negara sangat indah.Tatabahasa03.12.2018
Salam, frasa 'taman negara' perlu ditulis dengan huruf kecil jika tidak disertai nama tempat di belakangnya. Betul atau tidak? Terima kasih.Ya, betul dieja ‘taman negara’ kerana bukan kata nama khas.Ejaan14.07.2014
Adakah ayat-ayat tanya berikut betul? 1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa? 2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana? Terima kasih...Ayat tanya yang betul:
1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa?
2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana?
atau
1) Mengapakah Encik Peter datang ke Malaysia?
2) Bagaimanakah Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako?
Tatabahasa24.07.2017
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya dan seladang serta penyu spesies terancam.Ayat yang betul ialah: Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies harimau Malaya, seladang dan penyu merupakan spesies yang terancam.Tatabahasa15.01.2022
maksud co-management. ayat ini digunakan dalam pengurusan taman negara.Pengurusan bersamaMakna28.11.2007
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "Jurugambar mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih.Salam sejahtera,

Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama.

Oleh itu, mengambil gambar dan mengambil foto betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.10.2018
Saya mencari maksud perkataan "rentis". Setelah membuat carian di carian kata, tiada maksud bagi perkataan rentis. Perkataan ini telah digunakan terutamanya bagi kata nama khas seperti Rentis Gunung Tahan di Taman Negara Pahang, Merapoh sebagai nama denai yang digunakan menuju ke puncak Gunung Tahan. Begitu juga tiada maksud bagi perkataan "merentis", perkataan yang sering digunakan untuk mewakili perbuatan membuka laluan baharu di dalam kawasan hutan. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.

Tiada perkataan rentis dan merentis seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir dengan konteks tersebut ialah rintis dan merintis. Rintis bermaksud jalan kecil yang baru dibuat di dalam hutan, manakala merintis pula bermaksud menerangi hutan (dengan menebangi kayu-kayuan dan lain-lain) untuk membuat jalan dan memancang tanah yang akan dibuat jalan.

Makna23.12.2022
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Adakah RTM, KPM dan BPR termasuk dalam golongan akronim? Terima kasihTerdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)

Berdasarkan contoh yang diberikan, RTM, BPR dan KPM merupakan akronim.
Tatabahasa09.12.2013
Saya mohon pandangan sama ada perkataan "menara tinjau" boleh diterjemahkan sebagai "observation tower". Saya berpendapat perkataan yang lebih sesuai digunakan sebagai padanan kepada perkataan "menara tinjau" ialah perkataan "surveillance tower" manakala bagi perkataan "observation tower", "menara cerapan". Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, menara tinjau tersebut digunakan untuk memerhati hidupan liar dalam kawasan taman negara. Mohon nasihat dan pandangan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat untuk bahasa Inggeris. Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "observation tower" ialah menara cerapan.Istilah19.09.2016
123

Kembali ke atas