| Apakah definasi/maksud perkataan "Tanda Langit" dalam istilah pengiklanan (penlesenan). Terima Kasih | Untuk makluman, tiada istilah tanda langit dalam data prpm. Mohon saudara sekiranya boleh menyatakan perkataan asal sebelum diterjemah ke bahasa. Melayu. | Makna | 28.05.2013 |
| "Selamat petang. Apakah definasi/maksud perkataan "Tanda Langit" dalam istilah pengiklanan (penlesenan). Terima Kasih" | 'Tanda langit' merujuk pada papan iklan langit iaitu salah satu jenis papan iklan luar. Saiz dan syarat bergantung pada PBT. | Istilah | 27.05.2013 |
| I Basikal itu dihadiahkan oleh Abang kepada Razif. II Dompet daripada kulit buaya itu mahal harganya. III Pemandangan di tepi pantai itu indah sungguh. IV Langit mendung tanda hujan akan turun. soalan saya ialah mengapakah tiada kesalahan tatabahasa bagi setiap soalan? saya berpendapat soalan I adalah salah kerana huruf besar bagi abang. soalan II bolehkah perkataan diperbuat tidak digunakan? bagi saya soalan III tiada kesalahan. soalan IV, bolehkah imbuhan tidak digunakan bagi perkataan tanda? (menandakan). Cikgu, tolong senaraikan semua kesalahan di atas. terima kasih | 1. Kata abang boleh dieja dengan huruf besar kerana merujuk seseorang(khusus). 2. Kata diperbuat boleh ditiadakan kerana tidak menjejaskan makna. 3. Ayat iii dan iv betul kerana tidak melanggar peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Kata sungguh boleh berada di akhir ayat. Ayat iv. boleh juga ditulis menggunakan kata menandakan. | Tatabahasa | 02.06.2008 |
| saya nak contoh papan-papan tanda yang terdapat kesalahan tatabahasa di kuala lumpur. | Contoh-contoh kesalahan bahasa boleh diperoleh dalam akhbar sisipan Klik DBP pada setiap terbitan dalam ruangan Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung. | Lain-lain | 13.03.2008 |
| Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kaliĀ edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |
| Perluasan makna untuk perkataan pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; | Lain-lain | 09.09.2009 |