| Minta Kepastian semakan penggunaan Tema sesuatu program tanggungjawab sosial korporat, contohnya:- 1. "Buku Perangsang Minda" ("Books for mind stimulant") 2. "Kamus Perangsang Tatabahasa" (Dictionary for vacabulary stimulant" 3. "Masjid Perangsang Ummah" (Mosque for society stimulant" | 'Buku Perangsang Minda' dan 'Masjid Perangsang Ummah' betul dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, 'Kamus Perangsang Tatabahasa' tidak tepat kerana tatabahasa dalam bahasa Inggeris ialah grammar bukan vocabulary. Vocabulary merujuk kepada perbendaharaan kata. Kamus memberi makna perkataan dan tidak memberikan maklumat tentang tatabahasa. | Lain-lain | 13.04.2011 |
| Merujuk kepada jawapan pihak DBP seperti berikut: "Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian." Justeru, mohon bantuan DBP selaku pakar rujuk BAHASA KEBANGSAAN di MALAYSIA bagi konteks ayat berikut: (setakat pengetahuan orang awam yang saya ada) ".....Setelah Fasa Pembangunan, semua integrasi / hubung kait (taktau perkataan mana nak guna) dan semua perubahan yang need to be deployed (tiada perkataan Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris ini) sepatutnya dijadikan CSR tanpa kenaan / bayaran seperti mana Klausa 10 dalam Perjanjian Utama." | Ayat yang betul ialah “Selepas fasa pembangunan, semua integrasi dan perubahan yang diatur kedudukannya sepatutnya dijadikan Tanggungjawab Sosial Korporat tanpa bayaran seperti Klausa 10 dalam Perjanjian Utama." | Penyemakan dan penterjemahan | 23.11.2023 |