Salam sejahtera. Saya ada satu kemusykilan. Diharap pihak Tuan dapat membantu saya. Di/Dalam/Pada kesempatan ini, YB turut melawat tapak-tapak gerai. Yang mana satu betul ya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Pada kesempatan ini, YB turut melawat tapak gerai." | Tatabahasa | 29.08.2019 |
Site screening level bermaksud nilai saringan tapak atau tahap saringan tapak? yang mana lebih tepat? Site specific target level = nilai sasaran tapak khusus atau nilai sasaran khusus tapak atau tahap sasaran tapak khusus? mohon pandangan. | Kami bersetuju dengan cadangan terjemahan yang berikut: (i) Site screening level - tahap saringan tapak. (ii) Site specific target level - tahap sasaran tapak khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2015 |
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai tapak binaan/tapak pembinaan. -Dalam maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan pada 31/7/2012, pihak tuan mengatakan frasa "tapak binaan" yang betul tetapi maklum balas yang pihak tuan berikan pada soalan yang sama saya kemukan bertarikh 15/8/2012 mengatakan frasa "tapak pembinaan" yang betul. -Untuk kepastian sekali lagi, mana satu frasa yang betul?"Tapak binaan" atau "tapak pembinaan"?Terangkan perbezaan kedua-duanya sekali lagi agar saya tidak keliru lagi. | Frasa yang betul ialah tapak binaan dan frasa ini telah terakam dalam Kamus Dewan, lihat tapak+binaan&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+binaan&d=1 untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 27.08.2012 |
Yang mana satu penggunaan frasa yang betul? Tapak binaan atau tapak pembinaan?Mengapa? | Tapak binaan kerana binaan ialah sesuatu yang dibina, manakala pembinaan ialah proses atau perihal membina. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Mohon bantuan betulkah ayat ini. Mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek. ayat ini saya gunakan untuk senarai tugas kerja. mohon bantuan. terima kasih | Tuan/puan boleh menyediakan senarai tugas seperti yang berikut: 1. Mengawas tapak projek 2. Menyelia kerja pembinaan di tapak projek / tapak bina Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.06.2017 |
Salam sejahtera, Bagi pendapat tuan/puan, yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "dear" untuk ayat "Dear website user," 1. Wahai pengguna tapak web 2. Pengguna tapak web yang dikasihi 3. Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda) Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah "Pengguna tapak web yang dihormati" | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2014 |
Saya ingin mendapat pandangan & nasihat mengenai cadangan menyedia atau menamakan suatu projek. Sebagai contoh suatu projek membina kemudahan tapak pelupusan telah dicadangkan di atas kawasan tapak ladang kelapa sawit yang telah diambil alih. Maklumat & situasi perkara ini adalah seperti berikut. Lokasi : Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan Pemilik Tanah Asal : Sime Darby Plantation Bhd. Kegunaan Tanah Asal : Ladang kelapa sawit (dinamakan sebagai Ladang Tanah Merah (Tanah Merah Plantation) Tanah Diambil Alih Bagi Tujuan : Cadangan Projek Tapak Pelupusan Sanitari Oleh itu, antara (a) & (b) dibawah, manakah cadangan nama projek/kemudahan yang lebih tepat atau sewajarnya digunakan bagi menyediakan kemudahan berkaitan tapak pelupusan sanitari? a) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Ladang Tanah Merah, Port Dickson; atau b) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Tanah Merah, Port Dickson. Sekian, terima kasih. | Pada pandangan kami, cadangan nama projek yang tepat ialah Projek Tapak Pelupusan Sanitari di Tanah Merah, Port Dickson. Berdasarkan penerangan tuan, Ladang Tanah Merah digunakan untuk penanaman kelapa sawit pada kegunaan asal. Bagi kegunaan pelupusan sanitari, aktiviti berbeza dengan kelapa sawit. Penggunaan perkataan Ladang Tanah Merah tidak sesuai digunakan melainkan nama tersebut merupakan nama khas yang sudah didaftarkan atau digazetkan.. | Tatabahasa | 02.09.2014 |
apa maksud kata kunci | Perkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet. | Istilah | 11.10.2009 |
apakah masked tapak integrasi | Salam sejahtera, Tuan, Sila nyatakan soalan tuan dengan jelas. Apakah yang dimaksudkan dengan "masked"? Adakah bermaksud bertopeng? Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 22.12.2018 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, apakah perkatan Bahasa Malaysia yang sesuai digunakan bagi perkataan website? Adakah tapak sesawang atau laman sesawang atau tapak web? Saya agak keliru sekiranya ada istilah baharu yang digunakan. Terima kasih. | Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web atau tapak sesawang, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.04.2020 |