| maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati. | Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina. Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 07.07.2008 |
| Padanan 'geopark' dalam bahasa Melayu. | Perkataan geopark merujuk kepada sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari/mapan. Tiada data berkaitan padanan geopark, namun dari segi konsep kami mencadangkan taman geologi sebagai padanannya. | Istilah | 23.10.2018 |
| Dalam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
| Salam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 24.07.2024 |