Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengetahuan atau pelajaran ten-tang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tata-bahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan ttg penyu­sunannya dlm ayat; nahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatabahasa (kata nama)
Bersinonim dengan nahu, jalan bahasa, sistem bahasa.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan penjelasan mengenai definisi tatabahasa , aspek tatabahasa, morfologi dan bahasa melayuBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, "tatabahasa" bermakna cabang ilmu linguistikyang berkaitan dengan sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain22.09.2024
Assalamualaikum dan hi, saya ingin mengajukan soalan berkenaan tatabahasa: Boleh saya tahu, adakah perkataan "ianya" dan "memperbaharui" betul daripada segi tatabahasa (sumber: Kamus Dewan Perdana)? Jika ya, apakah kaedah penggunaan kedua-dua perkataan ini? Ini kerana jika mengikut tatabahasa, "ia" dan "nya" tidak digunakan sebagai satu perkataan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama ketiga. Manakala, untuk perkataan "memperbaharui" pula, jika tidak silap, penggunaan imbuhan "memper" yang dipadankan dengan kata adjektif tidak boleh diletakkan imbuhan di belakang seperti "i", "kan". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat. Perkataan "ianya" banyak ditemukan penggunaannya dalam wacana/teks bahasa Melayu dan kamus menghuraikan maksudnya. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan yang standard khususnya dalam penulisan rasmi, perlulah merujuk rumus tatabahasa. Kata "memperbaharui" pula terhasil daripada apitan memper-   -i dan apitan ini tidak begitu produktif dalam bahasa Melayu. Kata "memperbaharui" sama maksud dengan "membaharui" dan kata ini wujud hasil daripada pengembangan bahasa. Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga menghuraikan apitan memper-...-kan dengan kata kerja dan kata nama, tiada rumus yang sedemikian untuk apitan memper-...-i.Tatabahasa16.01.2024
apa itu tatabahasaBerdasrakan Kamus Dewan Perdana, tatabahasa bermaksud "cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik dan nahu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Makna12.09.2024
Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hadir sebelum kata nama/frasa nama.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008),  halaman 265, kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama.  Tatabahasa14.01.2025
Meminta khidmat nasihat mengenai tatabahasa yang betul untuk isi kandungan dokumen?

Untuk menyemak fakta berkaitan tatabahasa, puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2010) atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021)

Lain-lain24.10.2024
1. Di dalam dompet tersebut terdapat wang tunai dan kad pengenalan milik Ali. Adakah terdapat kesalahan penggunaan tatabahasa di atas dan mengapa penggunaan tatabahasa tersebut salah?

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa04.10.2024
Apakah perbezaan diantara perlantikan & pelantikan? Dari segi tatabahasa yang mana satu lebih tepat?

Dari segi tatabahasa, ejaan yang betul ialah pelantikan. Kata nama terbitan pelantikan berasal daripada bentuk kata kerja melantik, iaitu hal atau perbuatan melantik seseorang atau sesuatu pihak. Tidak ada kata  terbitan perlantikan kerana tiada kata kerja yang menggunakan awalan beR- (berlantik).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2008), halaman 132.

Tatabahasa31.10.2024
Tolong semak tatabahasa bagi teks di bahagian lampiran.

Untuk penyemakan aspek bahasa dalam dokumen tersebut, mohon jasa baik YBhg. Dato’ untuk menghantar fail dokumen yang ingin disemak kepada e-mel, nawal@dbp.gov.my.

Mohon sediakan dokumen dalam format langkau 2 baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Kami akan meneliti dahulu dokumen dan menyediakan sebut harga, serta menyatakan tempoh masa penyemakan yang bersesuaian untuk pertimbangan pihak YBhg. Dato’.

Penyemakan dan penterjemahan21.11.2024
maksud tatabahasa

Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu.

Makna09.09.2024
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya beberapa soalan tentang tatabahasa. Pertama sekali, harap pihak PRPM boleh betulkan atau padamkan jawapan khidmat nasihat yang salah kerana jawapan yang salah sangat mengelirukan pengguna yang ingin menggunakan tatabahasa yang betul. Disebabkan soalan melebihi 1500 pp, saya terpaksa melampirkan ia dalam Word. Harap pihak tuan/puan boleh paparkan soalan dan jawapan di platform PRPM untuk rujukan pihak awam.Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan dalam memastikan keselarasan jawapan PRPM. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik dan membaiki mutu jawapan PRPM dari semasa ke semasa. Bersama-sama ini dilampirkan jawapan untuk soalan yang diajukan. Tatabahasa26.06.2024
12345678910...

Kembali ke atas