Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Technology


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan definisi "technology foresight" di bawah, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Technology Foresight"? "Technology Foresight is a process for bringing together scientists, engineers, industrialists, Government officials and others to identify areas of strategic research and the emerging technologies likely to yield the greatest economic and social benefit."Istilah technology Foresight masih belum ada dalam pangkalan data kami, berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Teknologi Masa DepanMakna17.06.2019
Apakah terma/istilah terbaik dan paling tepat bagi Assistive Technology? Assistive technology dari segi istilahnya bermaksud "is any item, piece of equipment, software program, or product system that is used to increase, maintain, or improve the functional capabilities of persons with disabilities."Istilah dalam bahasa Melayu untuk Assistive Technology ialah Teknologi Bantu.Istilah24.09.2021
Salam tuan, Saya mohon pencerahan maksud istilah Technology Convergence dalam Bahasa Malaysia. Contoh ayat adalah seperti berikut: "Technology convergence refers to the process by which different technologies, previously separate and distinct, come together to perform similar or related functions." Terima kasih.Padanan bagi istilah technology convergence dalam bahasa Melayu ialah pergabungan teknologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah18.03.2024
MNF INTERGRETED TECHNOLOGYSalam sejahtera,

Untuk memohon semakan iklan, sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
Sekian, terima kasih.
Lain-lain23.05.2018
Adakah "proprietary technology" dalam BM menjadi "proprietary hak milik sendiri" ? (milik syarikat) contoh ayat: "Repairs using our proprietary technology." menjadi "Pembaikan menggunakan tenologi hak milik sendiri" ?

Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). 

 

Dalam konteks bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah "proprietary technology" dalam bahasa Melayu ialah “teknologi hak milik”. Walau bagaimanapun, padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu.

 

Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang:  www.prpm.dbp.gov.my. 
Istilah11.09.2023
Wearable technology dalam bahasa Melayu adakah "Peranti boleh pakai" atau "peranti boleh dipakai"?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "wearable technology" ialah peranti boleh pakai atau alat boleh pakai.Istilah26.08.2016
Adakah terdapat terjemahan tepat/berlainan bagi "Financial Technology" atau pun "Fintech"?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'Financial Technology' ialah teknologi kewanganMakna27.01.2021
Mohon bantuan untuk terjemahan jabatan "recycling & waste treatment technology"Tidak ada padanan recycling and waste treatment technology dalam pangkalan data kami. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "teknologi kitar semula dan rawatan sisa". Penyemakan dan penterjemahan10.10.2017
Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai bagi "emerging technology"?Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "emerging technology" ialah teknologi memuncul.Istilah21.04.2020
Selamat petang. Adakah nama-nama syarikat atau institut tinggi dalam bahasa English seperti Foxconn Technology Group, Taipei Institute of Technology perlu diterjemahkan ke dalam bahasa melayu sekiranya membuat penterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? Terima kasih.Sekiranya nama syarikat atau institusi pengajian tinggi tersebut bukan nama khas boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Sekiranya nama tersebut sudah berdaftar boleh dikekalkan sahaja penggunaan nama tersebut.Tatabahasa13.02.2022
12345

Kembali ke atas