| apakah maksud juling | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna juling bermaksud terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah kedudukan mata hitamnya: matanya ~ sedikit; | Makna | 20.12.2006 |
| Soalan saya; 1. Ejaan yang tepat untuk anti-oksidan dan anti-keradangan 2. Ukuran atau Nilai berbentuk cm, mm liter Dan sebagainya perlu ditulis rapat atau jarak; 3-5cm atau 3,-5 cm. 3. Mata-tunas atau mata tunas (istilah saints) | Ejaan yang betul ialah: antioksidan, antikeradangan Cara penulisan untuk ukuran ialah dijarakkan daripada angka di hadapan: 3-5 cm Perkataan mata tunas dieja berasingan dan tanpa tanda sempang di tengah-tengahnya. | Ejaan | 04.09.2022 |
| hai.. saya nak buat pencerahan... penggunaan perkataan tuanku, baginda, beta, datuk... adakah perlu kena huruf besar pada pangkal sekiranya berada di tengah ayat? contoh ayat ; "tetapi sampai bila beta akan berdoa kalau beta tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata" "ampun tuanku" Apa guna kekayaan buat baginda senadainya baginda tidak memiliki pewaris adakah perlu hurug besar pada pangkal kata ganti nama pada ayat tersebut? | Tidak perlu menggunakan huruf besar jika perkataan tersebut berada di tengah ayat. | Ejaan | 29.03.2017 |
| 1. bilakah perhataan itu 1g atau 2 g? 2. bilakah penggunaan bahasa Malaysia dan Bahasa Malaysia. 3. bilakah kata ganti nama tunjuk digunakan di hadapan ayat dan di tengah ayat? | 1. Soalan pertama saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. 2. Bahasa Malaysia merujuk mata pelajaran yang diajarkan di sekolah dan merujuk bahasa yang digunakan dalam konteks perpaduan. Jika merujuk bahasa itu sendiri sama seperti bahasa Inggeris atau bahasa bahasa Perancis iatilah yang digunakan ialah bahasa Melayu. 3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk pada pangkal dan pertengahan ayat, ialah 1. Itu buku biografi Pendeta Za'ba, dan 2. Rumah di hujung kampung itu saya yang punya. | Tatabahasa | 09.01.2011 |