adakah ceraian suku kata untuk perkataan-perkataan di bawah ini betul? 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up terima kasih | Penggalan suku kata seperti contoh perkataan yang tuan berikan adalah betul. 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up . | Tatabahasa | 02.04.2015 |
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)? | Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara: a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber. Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
Bagaimanakah pecahan ejaan suku kata bagi perkataan 'polistirena'?adakah po/lis/ti/re/na atau po/li/sti/re/na?terima kasih. | Pecahan/pemenggalan suku kata bagi perkataan polistirena ialah po.lis.ti.re.na. | Tatabahasa | 21.02.2014 |
Salam.. Saya ingin bertanyakan mengenai kamus bahasa Melayu yang disertakan dengan contoh sebutan (pronunciation). Contoh: "Universiti" sebutan: "yu.nI.ve si ti" dan "udang" sebutan "u! d a ŋ". Kalau kamus bahasa Inggeris ada disertakan contoh lebih tepat seperti:"university" sebutan "/ˌjuː·nɪˈvɜː·sə·ti/". Adakah kamus seperti ini (bahasa melayu) secara online ataupun dalam bentuk kamus dipasaran? Terima Kasih | DBP belum pernah lagi menerbitkan kamus (sama ada dalam bentuk buku atau secara dalam talian) yang mengandungi sebutan bagi setiap entri kata. | Lain-lain | 30.03.2015 |
ceraikan suku kata untuk 1. tiup = ti + up 2. naik = na + ik 3. menaiki = me + na + ik + i 4. meniup = me + ni + up adakah suku kata di atas diceraikan dengan betul? | 1. tiup = tiup 2. naik = nai/ 3. menaiki = me.nai.ki 4. meniup = me.niup | Tatabahasa | 22.03.2015 |
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih | Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut: (1) ra.di.o (2) ci.um (3) pe.ri.uk (4) ti.ung (5) ti.up (6) di.a (7) du.ri.an (8) si.a.pa (9) a.ir (10) ba.u (11) da.un Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur Hayati | Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.09.2015 |
1)golf club 2)starting tee box | 1)kayu golf 2)petak ti bermula | Ejaan | 10.01.2011 |
Salam sejahtera. Apabila mengajar suku kata kepada budak prasekolah, perlukah saya memecahkan suku kata bagi nama juga? Contohnya: 1) Zeti ATAU Ze.ti 2) Andy ATAU An.dy Terima Kasih. | Tidak ada masalah jika mahu mengajar suka kata bagi ejaan nama pada pelajar sekolah rendah. | Ejaan | 14.03.2016 |
Salam.. saya ada perasan DBP ada bagi contoh (online) bagi sebutan dialek, dari link ini: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=arnab&d=24. Contoh: kain... sebutan: kaen atau tikus - ti.kuih... ada tak kamus ini? sebab contoh ini berdasarkan Glosari Dialek Kedah.. saya nak glosari dialek untuk bahasa melayu baku.. terima kasih | Untuk makluman tuan, tidak banyak terbitan DBP yang mengandungi panduan penyebutan kata, kecuali beberapa buku dialek yang memerlukan panduan penyebutan. Tuan boleh menghubungi Kedai Buku, DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku dialek terbitan DBP. | Lain-lain | 30.03.2015 |