Saya bertindak keras dengan pelajar dari timur tengah. ATAU saya bertindak keras dengan pelajar dari Timur Tengah. | Ayat yang betul ialah "Saya bertindak keras terhadap pelajar dari Timur Tengah". | Tatabahasa | 01.12.2024 |
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah. | Ejaan | 13.12.2011 |
Saya ingin pengesahan cara menulis acronim untuk translasi. Misalnya, jika saya translate sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV, middle east respiratory syndrome)...perlukah saya menulis begini dalam dokumen dimana saya tulis translasi dahulu kemudiannya acronim dan huraian asalnya. Ini sebab acronim MERS-CoV tidak ada dalam bahasa Melayu. Bolehkah saya cipta acronim atsu abreviation sendiri? | Cara penulisan akronim bagi nama virus perlu ditulis penuh dalam istilah bahasa Melayu dan diikuti dengan akronim, iaitu Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) | Tatabahasa | 05.10.2020 |
yang manakah betul, nasi pilau atau nasi pilaf | Nasi pilau atau nasi pilaf merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan Pakistan. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai nama masakan kerana ia berbeza dari segi variasi ejaan sahaja. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menggunakan istilah 'nasi pilau' untuk masakan jenis ini. Terima kasih. | Makna | 04.10.2017 |
Saya ingin bertanya dengan ketepatan tajuk dan terjemahan bagi buku yang saya akan terbitan insya-ALlah. Fiha Khair (dalam bahasa arab) Ada Kebaikan Dalam Kehidupan Isi kandungan buku berkisar catatan pengalaman sebagai seorang atase pendidikan di luar negara. Buku ini mengandungi kisah inspirasi, dalil Quran dan hadis, tip praktikal serta melihat setiap cabaran sebagai peluang ke arah yang lebih baik. Buku ini khusus sebagai panduan kepada mahasiswa yang belajar di luar negara khususnya di Timur Tengah. Terima kasih atas respon. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN).
| Lain-lain | 10.05.2025 |
kebelakangan atau belakangan ? | Kedua-dua kata tersebut ada mempunyai makna yang sama, selain maksud yang alain. 1. Belakangan ini = pada waktu yang akhir-akhir ini; baru-baru ini: Belakangan ini, banyak anak Melayu yang berminat untuk berniaga. 2. kesudahannya; akhirnya: Belakangan, dia mengaku bahawa dialah yang mengambil buku itu dari perpustakaan. Kebelakangan ialah sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini. Contoh ayat : Pergolakan di Timur Tengah kebelakangan ini berlaku sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya. | Makna | 16.09.2010 |
Assalamualaikum. Saya kurang jelas beza perkataan FORUM dan PERSIDANGAN. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat forum ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan untuk perbincangan terbuka 3. tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka. Persidangan merujuk kepada perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsirÂannya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; | Makna | 15.10.2015 |
apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran? | Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.06.2010 |
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH. | Saudara, Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon. i. Kamus Dewan Edisi Keempat 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~; ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan 1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam. | Makna | 07.09.2009 |
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke? | Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah). | Lain-lain | 15.11.2013 |