Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Travel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tepatkah "travel bubble" diterjemahkan sebagai "gelembung perjalanan"? Nota: Istilah "travel bubble" ini sangat popular pada zaman COVID-19 ini.Untuk makluman, belum ada padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan travel bubble. Walau bagaimanapun, cadangan kami travel bubble diterjemahkan kepada gelembung perjalanan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaanya.Lain-lain12.11.2020
adakah 'travel medicine' dalam Bahasa Malaysia 'perubatan perjalanan'? 'travel medicine' ini bermaksud ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah penyakit yang boleh berlaku semasa melancong.Cadangan padanan istilah bahasa Melayu bagi travel medicine, iaitu perubatan perjalanan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2014
Haneen Travel & Tours Sdn. Bhd.1. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my
2. Jika
menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479389/9398/9400/9500/9600.
Lain-lain19.01.2018
Apa terjemahan "travel journalist"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah travel journalist ialah wartawan kembara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.05.2023
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya memerlukan khidmat tuan/puan untuk mencari perkataan di dalam bahasa melayu yang sesuai bagi item ini. "Travel Disposable Bedding Set" Barang ini adalah cadar + sarung bantal yang dipakai buang dan sesuai untuk travel kemana-mana. terima kasih. ~AthirahCadangan padanan bahasa Melayu bagi "Travel Disposable Bedding Set" ialah "Set Cadar Kembara Pakai Buang".Penyemakan dan penterjemahan21.07.2023
Selamat pagi, Kami dari Syarikat Gopi Travel Tours Sdn Bhd ingin memohon papan tanda baru untuk cawangan baru kami di Seremban beralamat No 8, 1st Floor, Jalan Dr. Krishnan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat terperinci mengenai papan tanda adalah sepereti berikut: Gopi Travel Tours Sdn Bhd (Mohon Untuk Translet kepada Bahasa Cina Nama Syarikat) Perkhidmatan yang disediakan: Pakej Pelancongan Luar dan Dalam Negara Penempahan Tiket Dalam dan Luar Negara Tempahan Hotel Dalam dan Luar Negara Perkhidmatan BAs Persiaran, Catar, Ekspress dan Henti-Henti p/s: Mohon Pihak Dewan dan Pustaka dapat memberi maklumbalas kepada pihak kami. Terima Kasih

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain30.05.2017
Mohon maklumbalas terjemahan yang sesuai untuk perkataan : 1. Accessibility 2. Tourism Roadshow 3. Travel Mart Terima kasih.Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian.

Manakala, perkataan berikut tiada padanan khusus, dan cadangan kami adalah seperti  yang berikut jika bersesuaian:
 i. Tourism Roadshow = Jerayawara Pelancongan
ii.  Travel Mart = Kedai Barangan Kembara
Penyemakan dan penterjemahan13.04.2015
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
Assalamualaikum. Saya nak buka ofis perniagaan travel agency. Untuk dapatkan lesen, perlu ada kelulusan papan tanda dari DBP. Dengan siapa saya perlu rujuk?Waalaikumussalam ...
Sila buat permohonan semakan bahasa Melayu pada papan iklan melalui https://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Lain-lain17.01.2024
What's the BM translation for 'travel mat'?Alas kembaraIstilah13.11.2006
12

Kembali ke atas