Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Trinidad dan Tobago


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukah nama sesebuah negara seperti Trinidad and Tobago, St. Vincent and Grenadines diterjemahkan?Untuk makluman, nama di Negara luar Malaysia yang digunakan secara rasmi di Malaysia hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama tersebut hendaklan berdasarkan senarai nama dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan olej Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, termasuklah nama:

1. St. Vincent and Grenadines yang perlu dieja sebagai Vincent dan the Grenadines
2. Trinidad and Tobago yang perlu dieja sebagai Trinidad dan Tobago
Lain-lain26.05.2017
Mengapakah kata nama khas seperti nama negara tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti United Kingdom ke Kerajaan Bersatu dan sekiranya wujud hukum bahasa ini jadi mengapa negara seperti Yaman, Yunani, Amerika Syarikat serta Emiriyah Arab Bersatu mempunyai nama khas yang nyatanya telahpun diterjemah dari nama asalnya (Yemen,Greece,United States dan United Arab Emirates), jika tidak wujud hukum ini maka penerjemahan nama khas adalah berdasarkan fonologi ataupun penterjemahan terus? (United Kingdom > Unaited Kingdem ATAU Kerajaan Bersatu)Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu.  Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut.  Nama-nama ini hamper terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Ambil Contoh nama Ayer Keroh, Burma atau Myanmar, Tobago and Trinidad dan Isle of Trinidad juga negeri atau tempat baharu yang baru merdeka seperti Montenegro, Timor-Leste atau East Timor.  Keadaan politik amat mempengaruhi kewujudan atau penamaan negeri-negeri dan tempat-tempat ini.  Satu perbahasan atau penyelidikan mungkin diperlukan jika saudara mahu mendapatkan jawapan perihal soalan yang dikemukakan.
Terima kasih.
Lain-lain17.05.2018

Kembali ke atas