Menteri RTM kata Bahasa Malaysia tetap akan ganti Bahasa Melayu walau pun pihak Umno dari luar negeri mengemukakan usul dalam perhimpunan Umno. kononnya atas alasan perpaduan. Isu bahasa sudah lama selesai dalam kontrek sosial sebelum merdeka. itu sebab sudah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Mengapa pemmimpin kita takut sangat bangsa cina dan hindu yang tidak jemu2 membangkitkan isu ini. klau zaman Datuk Harun , Senu, Jaafar Albab , Musa hitam orang tak berani tegur Melayu pun. la ni mereka jual Melayu. Harap DBP dapat bertahan kerana araahan kabinet itu bercanggah dengan Perlembagaan dengan ain perkataan tidak berpelembagaan. kalau perkara ini di heboh nanti mereka pinda Perlembagaan pula... Habis Melayu. Bahasa Melambangkan bangsa. Tiada bahasa tiada bangsa. elayu akan hilang di dunia. | Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan terhadap isu ini dan kami berharap tuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 05.11.2007 |
berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai tak diletakkan sebagai gaya bahasa personifikasi? Jika tidak sesuai, boleh tak berikan cadangan. terima kasih. | Frasa "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" tidak menunjukkan ciri-ciri personafikasi yang lazimnya digunakan dalam karya kreatif. Frasa tersebut hanyalah ungkapan umum yang dipopularkan oleh media. | Lain-lain | 28.09.2012 |
Salam sejahtera. Soalan saya berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai dikatakan sebagai peribahasa? Jika sesuai, apakah jenis peribahasa tersebut iaitu adakah pepatah, lidah pendeta, perumpamaan, atau .....? Terima kasih. | "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" bukan dalam kumpulan peribahasa, sebaliknya hanya sekadar ungkapan umum yang dituturkan oleh pembesar negara. | Lain-lain | 11.09.2012 |
soalan: 1. sekiranya ayakata hubung ini tidak sesuai...boleh cadangkan ayat yang lebih sesuai bagi menukar ayat ini.... a) Yang pertama, bahawa dalam proses membuat perubahan ini,UMNO adalah pari yang merupakan gerakan massa nasional. b) Yang pentingnya, ialah pengisiannya supaya kita sediakan kurikulum yang sesuai. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda. a) Yang pertama, dalam proses membuat perubahan,UMNO adalah parti gerakan massa nasional. b) Yang penting ialah pengisian supaya kita menyediakan kurikulum yang sesuai. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
soalan: 1. Bagaimana membezakan ejaan bagi perkataan yang menggunakan kata sempang? contoh: Adakah ejaan proUMNO, ke-2 betul? 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar? 3. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya, ialah... Bolehkah menggunakan yang diawal ayat? 4. ..., yang rambutnya teristimewa sekarang ini. Betulkah penggunaan ayat di atas? | Jawapan: 1. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel. Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis. ke-2 adalah betul. Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah "kepada pihak yang benar". Jawapan 3: Penggunaan kata "Yang" di awal ayat tidak sesuai digunakan. Jawapan 4: Soalan yang saudara kemukakan adalah tidak jelas. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu bergantung kepada ayat dan maksudnya. Sila kemukakan ayat yang penuh bagi menjawab soalan tersebut. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
sumbangan zaaba terhadap perkembanga bahasa melayu sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap perkembangan bahasa melayu | Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah, atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Sumbangan Za'ba dalam bidang terjemahan. Pelita Bahasa.1/11/98 2. | | | | 3. Za'ba cukup berjasa kepada Umno dan bangsa Melayu | | Mastika | 01/05/1997 | 4. Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000 | 5. 6. Dewan Bahasa dan Pustaka dan perancangan bahasa (kenangan untuk DatukHaji Hassan Ahmad) | A. H | Dewan Bahasa | 01/09/1988 | 7. Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi pembinaan dan pengembangan bahasa | Hassan Ahmad | Dewan Bahasa | 06/01/1981 | 8. Dewan Bahasa dan Pustaka: lima dekad memartabatkan bahasa kebangsaan | Saharom Abd Aziz | Dewan Siswa | 01/08/2006 |
| Lain-lain | 15.05.2008 |