Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Malaysia Sabah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UMS


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya merupakan pelajar tahun akhir di ums... sekarang saya sedang menulis tesis tentang kraftangan di sabah. saya ingin kepastian ejaan "kraftangan" sama ada di jauhkan atau di dekatkan... menurut kamus edisi ke 4, ejanya jauh.Ejaan yang betul ialah kraf tangan kerana kata majmuk kraf tangan hasil gabungan kraf dan tangan dan kedua-dua perkataan tersebut boleh berdiri sendiri. Kraf tangan tidak termasuk dalam senarai kata majmuk yang mantap yang dieja dalam satu perkataan..Ejaan21.11.2012
Saya merupakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususan seramik industri. Terdapat banyak buku yang dicetak dalam bahasa inggeris dan susah didapati di pasaran. saya berhasrat ingin menterjemah buku tersebut di dalam bahasa melayu, bagi memudahkan pelajar menjadikan buku tersebut sebagai panduan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut prosedur untuk menterjemahkan buku. Sasaran jualan buku tersebut adalah untuk pelajar IPTA(UiTM Shah Alam dan caw Perak, Unimas, UMS, UPSI), pelajar dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (ILP, IKM, Kolej Komuniti) dan MRSM. Diharap dengan adanya buku-buku hasil penterjemahan ini, proses penyampaian dan pemahaman kursus akan lebih efisyen. Sekian, terima kasih.DBP tidak lagi menguruskan projek penterjemahan. Kini projek penterjemahan diuruskan oleh Institut Terjemahan Negara Berhad.            Lain-lain01.02.2008

Kembali ke atas