Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Ujian Penilaian Sekolah Rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UPSR


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Yang manakah tajuk yang sesuai bagi tajuk buku di bawah? 1. Aktual Format Kertas UPSR atau 2. Kertas Aktual Format UPSR? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.Kertas Aktual Format UPSR bererti kertas sebenar format UPSR; Kertas Format Aktual UPSR bererti kertas format sebenar UPSR.Tatabahasa22.09.2011
As salam tuan di talian, Tajuk manakah yang betul bagi tajuk buku di bawah: 1. Kertas Model Standard UPSR atau Kertas Model UPSR Standard? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian,terima kasih.

Jika tajuk jawapannya ialah Kertas Model UPSR Standard manakala frasa Standard Kertas Model UPSR boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.

Tatabahasa15.11.2014
pra - UPSR/praUPSRpra-UPSREjaan26.08.2014
Salam tuan di talian, saya ingin memastikan ejaan bagi PraUPSR yang sebenarnya. Adakah ia dieja sebagai Pra UPSR, PraUPSR atau Pra-UPSR? Saya harap pihak tuan dapat membalas pertanyaan ini secepat mungkin. Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah pra-UPSR.Ejaan08.08.2012
yang manakah paling tepat, 'Rujukan Topikal Bahasa Malaysia UPSR' atau 'Rujukan Bahasa Malaysia Topikal UPSR'. Terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Rujukan Bahasa Malaysia: Topik UPSR'.Tatabahasa12.04.2011
1. Adakah format terkini bagi karangan UPSR tidak memerlukan perenggan untuk pendahuluan? 2. Bagi bahagian A Kertas 2 UPSR - Adakah murid-murid digalakkan menggunakan nama untuk membina ayat? 3. Apakah perubahan atau format terbaharu bagi Bahagian C - Ulasan (UPSR)? 4. Bagaimanakah pengaplikasian tanda koma (,) bagi lebih drpd 3 objek?

Encik Ganesan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Soalan ini lebih kepada format yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh itu saya rasa Encik boleh terus menghubungi Bahagian Peperiksaan Kementerian bagi mendapatkan penjelasannya. Terima kasih.,

Tatabahasa04.02.2010
Model kertas peperiksaan adalah betul penggunaannya. Adakah Kertas Model UPSR betul penggunaanya? Mohon penjelasan lanjut.Jawapannya ialah Model Kertas UPSR, iaitu contoh untuk kertas (peperiksaan) UPSR.Tatabahasa10.12.2014
Salam tuan di talian, Yang manakah tajuk yang sesuai bagi tajuk di bawah? 1. Kertas Model Percubaan UPSR atau 2. Kertas Percubaan Model UPSR? Semoga mendapat jawapan segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "Kertas Percubaan Model UPSR".Tatabahasa05.04.2012
Manakah ejaan yang lebih tepat antara Pra-UPSR dan praUPSR?Ejaan yang betul ialah pra-UPSR.Ejaan19.03.2015
Anak saya akan mengambil peperiksaan UPSR tahun depan. Dia amat lemah dalam Kertas 2 BM yang mengandungi Nilai Murni. Saya ingin tahu samada wujud satu senarai nilai murni yang akan diuji dalam UPSR. Jika ada, saya amat memerlukannya supaya anak saya boleh mempelajarinya secara efektif. Terima kasih.
Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:   1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melalui pendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995
Lain-lain07.11.2010
123456

Kembali ke atas