Adakah UKM, USM dan UM ialah akronim | UKM, USM dan UM ialah singkatan nama khas. Singkatan nama khas boleh ditulis dengan tanda noktah atau tanpa tanda noktah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 172. | Tatabahasa | 05.04.2025 |
saya adalah pelajar usm, mejor dalam linguistik bahasa melayu, minor dalam public relation, saya juga mempelajari bahasa thailand di usm dan mampu untuk bertutur dalam bahasa tersebut, adakah saya mempunyai peluang pekerjaan dalam DBP memandangkan saya akan tamat belajar pada April ini. | Sdr, Kami amat mengalu-alukan sekiranya sdr mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu yang disiarkan dari semasa ke semasa apabila ada kekosongan jawatan. Dengan kelayakan tersebut, Sdr layak memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41. | Lain-lain | 20.02.2008 |
Salam tuan di talian, Saya ingin memastikan bahawa penggunaan kata sendi nama dari adalah tepat dalam ayat di bawah. 1. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? atau Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik daripada USM? | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. USM- tempat. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? - TEPAT. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Saya, Muhammad Zulkhairie bin Kamisan mewakili persatuan Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM merupakan pengarah projek Pesta Pantun Anjung Selatan yang sedang dirancang oleh pihak kami. Persoalannya, bolehkan kami melaksanakan program ini dengan bimbingan pihak DBP atau melaksanakan program ini dengan kolaborasi bersama pihak DBP? Mohon maklumat lanjut dari pihak DBP untuk persoalan saya. | Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak IKMAR menzahirkan perancangan berkolaboratif dengan DBP apatah lagi program yang relevan dengan ilmu persuratan Melayu. Tahniah atas penganjuran program tersebut. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan pihak tuan berhubung dengan DBP Wilayah Utara melalui talian 04-5377 241 jika program tersebut dilaksanakan di USM atau di mana-mana sempadan geografi Wilayah Utara. Jika Pesta Pantun Anjung Selatan dilaksanakan di sempadan geografi Wilayah Selatan (di Johor atau Melaka), Pihak tuan bolehlah menghubungi Unit Sastera, DBP Wilayah Selatan melalui talian 07-2341813. | Lain-lain | 21.04.2022 |
Salam sejahtera Saya merupakan seorang pelajar pascasiswazah di USM Pualu Pinang. Saya ingin memohon jasa baik serta khidmat nasihat tuan / puan / pegawai DBP untuk mengesahkan terjemahan abstrak tesis saya (Bahasa Inggeris ke Bahsa Melayu). Bersama-sama ini disertakan salinan abstrak berkenaan untuk maklumbalas tuan/puan jua. Di atas segala kerjasama tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. | Mohon kemukakan permohonan puan kepada tanya@dbpsahbahasa.my untuk khidmat pengesahan bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2019 |
Assalamu'alaikum wbt... Saya wakil Persatuan Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan ingin memohon nasihat dan semakan untuk Visi, Misi dan Moto Persatuan. VISI PSK Menjadi persatuan yang progresif, proaktif dan efektif terhadap pembangunan mahasiswa sains kesihatan yang cemerlang dan berkualiti untuk kesejahteraan masyarakat. MISI PSK PSK bertekad untuk menjadi persatuan yang mampu 1.Memantapkan akademik, intelektual dan pengetahuan mahasiswa bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan terkehadapan. 2.Memperkasa pembangunan mahasiswa dalam aspek kerohanian, insaniah dan kepimpinan. 3.Memberi komitmen dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian. 4.Membantu Pusat Pengajian dalam mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan kondusif. 5.Membentuk komuniti mahasiswa sains kesihatan yang muhibah dan bermanfaat kepada masyarakat. MOTO | Soalan saudara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Untuk makluman saudara, Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah dan tatabahasa. Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara, bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan, kegiatan sastera kanak-kanak dan remaja, carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti. | Lain-lain | 19.03.2011 |
Assalamualaikum WBT Tuan/Puan, Saya merupakan pelajar PhD di USM. Saya menjalankan kajian berkaitan resiliensi (daya tahan) pelajar di IPG. Saya ingin bertanya, istilah manakah yang sesuai untuk saya gunakan dalam kajian saya - resiliensi atau resilien atau daya tahan atau ketahanan diri? Terima kasih atas budi baik tuan/puan. | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience. | Istilah | 23.02.2019 |
Salam sejahtera, Tuan, Saya sedang menulis tesis PHD di USM, justeru saya ingin mengetahui perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut; 1. self-determination 2. self regulation 3.psychological empowerment 4.self realization Mohon jasa baik tuan untuk membantu saya. Sejuta penghargaan dan terima kasih saya dahului. Yang benar, Sohba Velloo Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang | Cadangan kami, frasa yang berikut diterjemahkan kepada: 1. self-determination - penentuan diri, penentuan nasib sendiri 2. self regulation - pengaturan diri, pengaturan sendiri 3. psychological empowerment - pengehakupayaan psikologi 4. self realization - realisasi kendiri Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2014 |
Tuan/Puan, Saya Chan, merupakan seorang penuntut Ph.D di USM. Saya ingin minta khidmat nasihat untuk ayat berikut dalam Bahasa Melayu Statutory child protection practice in Malaysia Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk Statutory child protection practice in Malaysia ialah Amalan Perlindungan Kanak-kanak di Malaysia dari segi Undang-undang. Jika padanan yang kami berikan tidak sesuai, mohon hantar abstrak tajuk tersebut supaya kami dapat mencadangkan padanan bahasa Melayu yang lebih sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2018 |
Salam sejahtera. Saya Chai; 22; dari Taiping; siswa Pergigian di USM Kampus Kesihatan. Merujuk bahagian dalam petak oren pada gambar yang dilampirkan, bukankah istilah yang tepat bagi Dewan Rakyat, Dewan Negara ialah "Yang di-Pertua"? Saya juga mengalu-alukan pihak tuan/puan memberi pencerahan tentang mana-mana kesiilapan tatabahasa/struktur ayat pada mesej ini. Terima kasih. | Tiada lampiran yang disertakan. Walau bagaimanapun, seperti yang tuan sedia maklum "Yang di-Pertua Dewan Rakyat" dan "Yang di-Pertua Dewan Negara", batul. | Tatabahasa | 21.08.2014 |