Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Utara Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UUM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu Luqman UUM Kenapa soalan-soalan di prpm jawapannya tidak tekal. Ada beberapa perkataan keterangannya bebrbeza-beza. Contohnya seperti perkataan "ia" - tidak boleh digunakan untuk binatang, tetapi ada kata boleh. Mengelirukan.Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan kami akan sentiasa berusaha untuk memantapkan mutu dan perkhidmatan yang disediakan.Lain-lain26.09.2014
Saya perkenalkan diri saya sebagai staf ITU-UUM. Di sini saya ingin bertanya mengenai proses penterjemahan buku. Kini, kami di ITU-UUM sedang menjalankan projek komuniti dan semestinya untuk pembangunan masyarakat adalah berpandukan kepada kajian ilmiah. Untuk itu, beberapa buah buku yang diperolehi kami telah ditulis dalam Bahasa Indonesia. Jadi, pihak kami berhasrat untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia supaya ia mudah dibaca, difahami dan dianalisa untuk kebaikan masyarakat. Untuk proses penterjemahan inilah, kami memerlukan bantuan daripada pihak tuan agar ia dapat direalisasikan dengan jayanya. Kami berhasrat menjemput pihak tuan menyertai dalam proses penterjemahan ini dan sebelum segalanya bermula, kami ingin dapatkan keperluan awal yang terlibat seperti kos untuk penterjmahan sebuah buku dan terma lain yang berkaitan. Kerjasama daripada pihak tuan sangat diharga

Harap maaf, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan perkhidmatan perterjemahan secara percuma ataupun berbayar. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Lain-lain10.05.2009
Saya merupakan lulusan daripada UUM. Saya berminat untuk bekerja di DBP. Apakah masih ada kekosongan jawatan di DBP?Dimaklumkan DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya puan berminat, puan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa.Lain-lain28.07.2012
SALAM TUAN, SAYA PELAJAR UUM INGIN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI ISU "PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS". DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKENAAN YANG BOLEH DI GUNAKAN SEPERTI PEKELILING, ARTIKEL, PENDAPAT DSBNYA. MOHON TUNJUK AJAR

Terima kasih kerana menggunakan KNB. Saudara boleh merujuk bahan seperti dibawah atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP>

 

1.  Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris daripada Kaca Mata PelajarIzawati Adlin NawiPelita Bahasa01/02/2003
2. Antara yang perlu dengan yang tidak perlu menggunakan bahasa Inggerisdan penggubalan aktaAbdul Ghani AwangPelita Bahasa01/08/1996
3. Bahasa Inggeris dalam arus pembangunan negara: satu tinjuan umumAbdullah MajidDewan Bahasa01/11/1985
4. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, MatematikMohd. Nasir MahmudPelita Bahasa01/06/2003
5. Jika sains diajar dalam bahasa InggerisCikgu AndrodPelita Bahasa01/01/2001
6. Kemunculan semula bahasa Inggeris dalam bidang pendidikanKMHDewan Bahasa01/11/1985
7. Pendirian PENA tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik-Dewan Bahasa01/07/2002
8. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik -Pelita Bahasa 01/07/2002
Lain-lain26.05.2008
Salam.... Saya dari Kelab Pendita UUM.kelab ini adalh satu2nya sebuah yg menjlnkan program berteraskn sastera. bagaimana prosedur sekiranya kami ingin menjalinkan kerjasama dengn pihak tuan??? terimakaseh atas segala perjawaban yang akan diberikanPuan boleh menghubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBp untuk maklumat lanjut berkaitan program yang boleh disertai.  Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Roziah binti Md. Yunus, 03-2147 9123 atau e-mel roziah@dbp.gov.myLain-lain09.02.2014
Salam Sejahtera. Saya merupakan Pustakawan di UUM. Pertanyaan daripada penyelidik kami sedang mencari sejarah pengguna istilah "keusahawanan", "usahawan" dandi Malaysia. Oleh yang demikian, saya memerlukan bantuan pihak tuan untuk: 1. Sejarah penggunaan istilah tersebut di Malaysia 2. Tahun daftar istilah tersebut. 3. Maksud istilah tersebut. Sekiranya ada sumber untuk diakses dan semak, mohon jugak berkongsi dengan saya. Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, kami merujuk sumber rujukan terkini untuk mencari maksud kata. Contohnya kami merujuk Kamus Dewan, Edisi Keempat (edisi terkini, PRPM juga merakamkan data entri terkini) perkataan usahawan/keusahawanan hanya merakamkan entri dan makna kata tersebut. Kamus Dewan tidak merakamkan tarikh daftar, sejarah dan etimologi kata, kecuali ada sebahagian kata yang diberi label seperti Ar, bermaksud berasal daripada bahasa Arab. Kami hanya dapat membantu puan mendapatkan maklumat tentang kata ini dimasukkan dalam Kamus Dewan sama edisi pertama, kedua, ketiga atau keempat. Itupun kami perlu menyemak Kamus Dewan fizikal setiap edisi yang disimpan di pejabat.Lain-lain28.04.2020
Assalammualikum wbt, Tuan/Puan, Saya merupakan pelajar sarjana di Univerisiti Utara Malaysia (UUM), buat masa ini saya dalam proses menyiapkan tesis penyelidikan di dalam Bahasa Melayu. Soalan saya; 1. Adakah pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan untuk semakan tesis penyelidikan? 2.Sekiranya ada, berapakah kos semakan tersebut? 3. Berapakah tempoh yang di ambil untuk semakan? 4. Bagaimanakah prosedur atau poses untuk mendapatkan khidmat tersebut? Sekian, terima kasih.

(1)  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan penyemakan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum, termasuk tesis.  (2) Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM6.00 untuk satu halaman. (3) Tempoh masa yang diambil bergantung atas persetujuan antara pihak anda dengan DBP. (4) Sila kemukakan permohonan anda kepada Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan boleh dikemukakan kepada beliau melalui e-mel azahari@dbp.gov.my. atau telefon 03-21479111 untuk perbincangan lanjut.

Penyemakan dan penterjemahan08.08.2017
ssalaamu'alaikum Wr. Wb. Dear Sir, I am a student of Ph.D program in UUM, Sintok, Kedah Darul Aman. I would like to have my thesis (written in Indonesian) translated into Malay. A lecturer of UGM, Yogyakarta, Indonesia, who took a Ph.D. program in a university in Kuala Lumpur told me that he had his thesis translated into Malay in Dewan Bahasa Malaysia. I would like to inqure about that, whether it is a formal service of Dewan Bahasa Malaysia or just an individual activity of the staffs of Dewan Bahasa Malaysia. Who do I have to make a contact to? I am looking forward to your reply. Wassalaamu'alaikum Wr. WbDewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian melainkan dibuat secara individu atau kerja luar oleh staf. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubung Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381 atau layari web www.ppm-mta.org untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.Lain-lain27.08.2009
Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai..Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my.Lain-lain30.09.2014
Saya telah menggunakan carian kata DBP online ini utk istilah Supply Chain Management. Terdapat 2 perkataan yang digunakan untuk chain iaitu rantaian dan rangkaian. Boleh saya dapatkan kepastian yang mana satu betul. Saya ingin menggunakannya untuk program baharu yang akan kami bangunkan untuk UUM. Terima Kasih.

Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap tuan dapat memberikan konteks penggunaan. DBP mencadangkan istilah Pengurusan Rantaian Bekalan untuk padanan Supply Chain Management. Rantaian dipilih untuk chain bagi membezakan dengan rangkaian yang digunakan dalam teknologi maklumat.

Istilah29.01.2015
12

Kembali ke atas