| VALUE | INJAP | Istilah | 14.01.2011 |
| JPA mengguna pakai perkataan 'VALUE' untuk terjemahan Teras Strategik 5 - Membudayakan NILAI (Transformasi Perkhidmatan Awam). Apakah makna dan definisi VIRTUE pula? Apakah perbezaan VIRTUE dan VALUE? Bagaimana kesesuaian untuk menggunakan VIRTUE dan VALUE? | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan virtue ialah sifat murni. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=virtue&d=1. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.04.2015 |
| terjemahan value creation yg tepat ke bahasa melayu. | Untuk makna umum, ia boleh diterjemahkan sebagai penciptaan atau pembentukan nilai. | Lain-lain | 28.04.2005 |
| Melalui semakan kami, padanan bagi “saponification value” ialah “nilai penyabunan” dan “unsaponifiable matter” pula ialah “jirim tak tersabun”. Walau bagaimanapun, kami bercadang untuk mengekalkan padanan sedia ada dalam peruntukan di bawah ini untuk “saponification value” sebagai “nilai saponifikasi” dan “unsaponifiable matter” sebagai “jirim tidak saponifikasi”. Ini kerana kami juga mendapati terdapat padanan bagi “saponification” sebagai “saponifikasi” dan “unsaponifiable matter” sebagai “bahan tak saponifikasi”. Bolehkah kami mengekalkan padanan sedia ada dalam peruntukan ini atau terdapat padanan lain yang lebih wajar. 180. (2) Dripping— (a) shall have— (iii) a saponification value of from 190 to 202 milligrams potassium hydroxide per gram; (b) shall not contain more than 12 g/kg of unsaponifiable matter 180. (2) Dripping— (a) hendaklah mempunyai— (iii) nilai saponifikasi daripada 190 hingga 202 miligram kalium hidroksida setiap gram; (b) tidak boleh mengandungi lebih daripada 12 g/kg jirim tidak saponifikasi. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: saponification value - nilai penyabunan; nilai saponifikasi unsaponifiable matter - jirim tak tersabun; jirim tak saponifikasi Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |
| maksud unlocked value dalam bahasa malaysia | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "unlocked value" dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep dan konteks penggunaan istilah ini supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 01.09.2016 |
| Hi DBP Team, apakah terjemahan untuk "Value Stock"? Terima kasih. | Padanan yang tepat untuk Value Stock ialah nilai saham; nilai stok (bidang ekonomi) | Penyemakan dan penterjemahan | 20.06.2019 |
| apakah terjemahan yang tepat untuk istilah Value For Money | Padanan untuk Value for Money ialah Nilai untuk Wang. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2014 |
| Apakah istilah bahasa Melayu untuk perkatan "upcycling"? Maksud dalam bahasa Inggeris: to recycle (something) in such a way that the resulting product is of a higher value than the original item : to create an object of greater value from (a discarded object of lesser value) | Padanan bagi istilah upcycle dalam bahasa Melayu ialah kitar tinggi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.10.2024 |
| Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan kepada pihak DBP. Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah "value overt" pada ayat di bawah? Finally, as we have already argued, you should be "value overt." Clearly set out the important goals and explain why you believe that they are important. Also, explain why you have rejected goals that others might believe important. | Dalam konteks contoh ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk value overt ialah “jelas dan terang”. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2018 |
| Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan kepada pihak DBP. Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah "value overt" pada ayat di bawah? Finally, as we have already argued, you should be "value overt." Clearly set out the important goals and explain why you believe that they are important. Also, explain why you have rejected goals that others might believe important. | Assalamualaikum, Tiada istilah “value overt" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan. Terima kasih. | Istilah | 04.01.2018 |