Cikgu, bagaimanakah kata "Nabi Muhammad s.a.w" dan "Allah S.W.T"? Kedua-dua kata ini perlu ditulis sebagai bentuk "Nabi Muhammad s.a.w." atau "Nabi Muhammad S.A.W.", dan bentuk "Allah s.w.t." atau "Allah S.W.T."? Satu soalan lagi. Ada titik noktah di belakang kata "s.w.t." dan "s.a.w." tak? Jadi, perlu ditulis "s.w.t" atau "s.w.t." (dengan adanya titik noktah di belakang kata ) dan "s.a.w."(adana titin noktah di belakang kata) atau "s.a.w" (tiada titik noktah di belakang kata) | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 21.01.2015 |
W.M. Hanif Hassan 23/12/2016 17:04 W.M. Hanif Hassan W.M. Salam saya nak tanya berkenaan perkataan "terbijak" boleh atau salah penggunaannya dan penerangannya..terima kasih..boleh atau tidak ter digabungkan dengan bijak... | Waalaikumussalam. Kata adjektif "bijak" boleh digabungkan dengan imbuhan "ter". Kata adjektif terbitan yang sedemikian ini berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Perkataan "terbijak" membawa maksud paling bijak. | Tatabahasa | 23.12.2016 |
(1) WP Labuan atau W.P Labuan atau W.P. Labuan ? (2) Mengapakah Internet dieja dengan huruf besar? Kata nama khas atau akronim? (3) pertandingan karaoke atau pertandingan nyanyian karaoke? | 1. Penggunaan yang betul ialah WP Labuan 2. Ditulis dengan huruf besar kerana merupakan nama khas. 3. Penggunaan yang betul ialah Pertandingan Nyanyian | Tatabahasa | 01.10.2019 |
bagaimanakah penggunaan yang betul, singkatan untuk s.w.t. S.W.T. SAW | Singkatan yang betul ialah SWT dan SAW | Lain-lain | 15.08.2007 |
Dalam penulisan, kalau kita hendak menulis Baginda Rasulullah s.a.w, Perkataan s.a.w ditulis dengan huruf kecil atau besar? | Ejaan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan semantik? | Assalamualaikum wbt Makna semantik menurut Nik Safiah Karim (2001) ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam sesuatu bahasa. Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,1997). Menurut J.W.W Verhaar (1996: 284), semantik ialah cabang linguistik yang membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984: 284) pula mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian linguistik yang objek penelitiannya ialah makna bahasa. Makna dalam sesuatu bahasa sentiasa mengalami perubahan dan berkembang mengikut peredaran masa. | Makna | 18.09.2024 |
Apa erti WISMA. Bolehkah didalam sesebuah wisma itu mengandungi kilang pemprosesan makanan, kilang kasut atau spa? sesuaikah? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "wisma" bermaksud 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin. Oleh itu, perkataan "wisma" tidak boleh digunakan untuk bangunan yang mengandungi kilang. Boleh menggunakan perkataan "kilang" sahaja. | Makna | 04.04.2013 |
Assalamualaikum w.b.t/ selamat sejahtera. Saya Zaulin binti Ismail, pelajar PhD jurusan Pengurusan Sumber Manusia di Pusat Pengajian Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB). Saya ingin bertanya, adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan perkhidmatan proofread bagi penulisan (cadangan kertas kajian) berbahasa Melayu? Sekiranya ada, boleh saya tahu maklumat lanjut? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, pihak DBP menyediakan penyemakan dokumen rasmi seperti laporan, garis panduan dan sebagainya. Pihak DBP tidak menyediakan penyemakan untuk kertas kajian. | Lain-lain | 30.10.2023 |
Assalamualaikum w.b.t..sy merupakan pelajar phd pendidikan Bahasa Melayu.Saya ingin bertanya,adakah kata majmuk bahasa kiasan dan simpulan bahasa itu adalah sama? Hal ini demikian kerana kata majmuk bahasa kiasan diajar dalam aspek tatabahasa, manakala simpulan bahasa pula adalah merupakan sebahagian daripada peribahasa. Saya meminta jasa baik pihak tuan untuk memberikan pencerahan.Terima kasih. | Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Persamaan antara kedua-dua jenis bahasa ini ialah ungkapan yang terbentuk berbeza dengan makna asal perkataan-perkataan tersebut. Kedua-dua jenis bahasa ini juga menjadi bahagian daripada kata majmuk. Walau bagaimanapun, dalam pencarian kami tidak menemukan ungkapan yang berfungsi sebagai bahasa kiasan juga simpulan bahasa. Oleh itu, perlu kajian yang lebih mendalam untuk membuktikan kata majmuk bahasa kiasan itu adalah sama dengan simpulan bahasa.
| Tatabahasa | 19.06.2023 |
Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM-ASM) berminat untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya DBP ada menyediakan perkhidmatan latihan (in-house) untuk kakitangan ASM berkaitan Pemantapan Bahasa Melayu Lanjutan / Penggunaan Bahasa Melayu Profesional memandangkan pegawai kami mempunyai masalah dalam penulisan dan pertejemahan Bahasa Melayu yang betul. Sekian, terima kasih. | DBP amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas komitmen pihak puan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Untuk maklumat mengenai kursus yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Akademi DBP melalui: 1) Dr. Haji Santrol Abdullah Ketua Akademi DBP 03-21470201/1201 / santrol@dbp.gov.my 2) Puan Noraini binti Abd Shukor 03-21479230 / aini76@dbp.gov.my 3) Akademi DBP akademi@dbp.gov.my
| Lain-lain | 06.04.2023 |