(1) WP Labuan atau W.P Labuan atau W.P. Labuan ? (2) Mengapakah Internet dieja dengan huruf besar? Kata nama khas atau akronim? (3) pertandingan karaoke atau pertandingan nyanyian karaoke? | 1. Penggunaan yang betul ialah WP Labuan 2. Ditulis dengan huruf besar kerana merupakan nama khas. 3. Penggunaan yang betul ialah Pertandingan Nyanyian | Tatabahasa | 01.10.2019 |
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya. Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik. Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. | Makna | 06.01.2025 |
Jika panggilan hormat untuk ketua tentera ialah Yang Amat Mulia, apakah panggilan hormat untuk Ketua Polis Negara. Adakah Yang Amat Berbahagia atau Yang Amat Setia? | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai data berkenaan hal tersebut. Mohon rujuk laman web ini wp-content/uploads/2.pdf">(http://www.mosti.gov.my/wp-content/uploads/2.pdf) untuk lebih jelas. | Lain-lain | 27.10.2015 |
Apakah perbezaan antara istilah berikut: - disebarluaskan; dan - dilebarluaskan? Apakah istilah yang paling sesuai bagi ayat berikut sama ada 'disebarluaskan' atau 'dilebarluaskan': " Berbanding DPN 2006, Kajian DPN2 telah disebarluaskan ke Negeri Sabah dan WP Labuan. " Terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah disebarluaskan. Kata dasarnya ialah sebar luas yang bermaksud menyebarkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dengan berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat. | Makna | 24.05.2016 |
Assalamualaikum. Situasi : terdapat auditorium bernama Auditorium Perdana akan diberi nama baru dengan nama tokoh. Apakah perkataan yg sesuai, 'Majlis Penjenamaan Semula' atau 'Majlis Penamaan Semula'. Atau mungkin ada cadangan perkataan lain yg lebih molek dari pihak DBP. Terima kasih. | "Majlis Penjenamaan Semula" sesuai digunakan. Sila betulkan teks (WP KUALA LUMPUR) dan masukkan tarikh majlis tersebut. | Tatabahasa | 30.09.2021 |