PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dll | Panggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Saya ingin mengetahui penggunaan rujukan seperti Y. Bhg., Y. Brs. dan lain-lain jika ada. Saya telah memahami penggunaan Y. Bhg. dan Y. Brs. Tapi bagaimana jika tetamu jemputan majlis itu tidak mempunyai gelaran atau hanya mempunyai gelaran Dr.? TK | Jika tetamu jemputan tidak mempunyai gelaran, sdr boleh menggunakan ganti nama seperti tuan-tuan atau puan-puan. Manakala seseorang yang telah bergelar dr., gelaran dr. tersebut boleh digunakan dalam ucapan alu-aluan sdr. | Lain-lain | 13.12.2006 |
Tuan Mohon bertanya :- 1) Kedudukan huruf yang betul (ejaan yang betul) bagi gelaran / pangkat :- a) Y.Bhg. Dato' dan lain-lain b) Yang Berusaha c) Yang Hormat 2) Gelaran / pangkat di dalam surat rasmi untuk :- a) Profesor (perlu ada Y.Bhg.) b) Prof. Madya (adakah perlu ada juga Y.Bhg. juga?) c) Dr. (adakah perlu ada juga Y.Bhg. juga?) Kerjasama tuan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Ejaan yang betul (a)YBhg. Dato’ ; (b) Yang Berusaha; (c) Yang Berhormat 2. Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. mengikut Kamus Dewan ialah rujukan kehormat yg digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Maka berdasarkan pengertian berkenaan, sapaan individu yang mempunyai gelaran Profesor (Prof.) atau Prof. Madya ialah "Tuan". Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan YBhg. Prof. Dalam ayat ditulis "Untuk makluman YBhg. Prof., pihak kami...". | Tatabahasa | 25.03.2014 |
Yang mana satu betul... Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad atau Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Ahmad | Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu itu sendiri memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Untuk pertanyaan ini, kelazimannya ialah YBhg. Prof Dato' Dr Ahmad. | Tatabahasa | 11.11.2010 |
Apakah yang paling tepat untuk saya tulis terutama di dalam surat jika pegawai saya bergelaran MEJ. (K) HJ. samaada Y.Bhg, Y.Brs atau ader yang lain. | Sapaan yang sesuai ialah YBrs. ; Ini berdasarkan sapaan bagi pegawai kanan kerajaan yang belum menerima gelaran kehormat seperti dato' dan sebagainya. | Lain-lain | 14.10.2010 |
Saya ingin tahu mengapa ejaan redha ditukar kepada reda dan mengapa ejaan Y.Bhg ditukar kepada YBhg. Saya ingin tahu alasannya. Terima kasih. | Proses penyerapan istilah asing mengutamakan bentuk visualnya, yakni bentuk ejaannya supaya sesuai dengan Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Oleh itu, kata 'redha' dieja sebagai 'reda'. Sementara singkatan Y. Bhg. ditukarkan kepada YBhg kerana kependekan tidak perlu menggunakan titik dan untuk menyelaraskan penggunaan kependekan lain seperti YAB dan YB . | Tatabahasa | 25.09.2007 |
Y.Bhg. | YBhg. | Ejaan | 23.02.2011 |
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih. | Ejaan yang betul ialah sebut harga. | Ejaan | 11.05.2011 |
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK | Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Assalamualaikum W.B.T. Tuan/Puan, Soalan Pertama : Dipohon kerjasama tuan/puan untuk melampirkan format surat rasmi individu kepada Jabatan Kerajaan contoh :Surat Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas; Soalan Kedua : Ketua Pengarah Jabatan XXXXXXX (u.p. Puan Salina binti Abas ) Y.Bhg. Dato'/ atau Puan, TAJUK SURAT ___________________ soalan saya ialah sekiranya Ketua Jabatan adalah Y.Bhg. Dato' XXX iaitu seorang lelaki manakala kita hendak berurusan dengan Puan Salina binti Abas maka apakah gelaran yang hendak diguna pakai ? Sama ada Y.Bhg. Dato' atau Puan di dalam surat berkenaan. | Saudara, Secara rasmi surat-menyurat ditujukan kepada ketua jabatan. Oleh yang demikian, sapaan pada surat ialah YBhg. Dato'. Mengenai soalan format surat, apabila menulis kepada jabatan kerajaan, format rasmi masih digunakan dengan tambahan nama pengirim di bahagian atas sebelah kiri surat sebelum alamat penuh jabatan yang akan menerima surat tersebut. | Lain-lain | 22.08.2010 |