Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Yang Arif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10); 2. huruf ke-34 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik; mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sr kata utk memanggil (menarik perhatian dll), hai, wahai: ~ Allah, ~ Rabbi, ~ Saidi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata YA

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah  سمليسيا.Ejaan14.04.2012
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim?

1. "Hmm... bagaimana ya?"

2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim?

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.

Ejaan13.10.2011
Salam tuan, Apakah perbezaan antara : 1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapaku. 2. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. 3. Ya Allah, ampunkan dosa guru-guru kami. 4. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa guru kami. 5. Ya Alllah, ampunkan dosa-dosa guru-guru kami.Kedua-dua digunakan dalam konteks 'both' - kedua-dua ibu bapa, kedua-dua pegawai dan sebagainya, manakala dosa-dosa pula menunjukkan jamak (banyak dosa), sama sperti perkataan guru-guru menunjukkan ramai guru.Tatabahasa23.03.2010
ya ingin bertanya, saya lihat banyak media yg menulis kata ayat-ayat seperti "di muka hadapan", "di bahagian hadapan" dan sebagainya. Apakah kata hadapan untuk ayat-ayat seperti itu digunakan dengab betul? Setahu saya, kata hadapan berasal dari kata dasar "hadap" bermaksud facing (dlm bhs inggeris) yang ditambah akhiran "an". Sama seperti kata "hadapi" yang mendapat akhiran "i". Bagaimana menurut DBP? Adakah ayat sebetulnya patut menjadi "di muka depan" atau "di ahagian depan" dan sebagainya?Untuk makluman puan, hadapan bermaksud bahagian di sebelah muka depan dan frasa di muka hadapan adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hadapan dan lihat di halaman 2.Tatabahasa12.06.2012
salam...saya ingin bertanya berkenaan tulisan jawi... bagaimana nak jawikan 1)PA Sistem?.....2)Bilik makan VIP?...3)jawikan kod G-D 4, contohnya......tk...1. في اي سيستم
2. بيليق ماكن وي.اي.في (VIP - va ya . alif ya . pa ya
3. 4 G-D كود
Ejaan28.05.2012
Yang mana paling tepat: a) Sejahterakan hati kami Ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu. b) Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu.

Ejaan yang betul seperti dalam ayat kedua "Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu".

Tatabahasa13.09.2011
1. Respon kepada soalan saya yang lepas iaitu jika 'ya' merupakan kata pembenar, apakah bentuk kata terbitan 'ya' sekiranya digabungkan dengan imbuhan apaitan 'meN-...-kan'. Adakah 'mengeyakan', 'mengyakan' atau 'mengiakan'.( dengan membawa maksud bersetuju dengan pendapat orang lain) 2. "Saya" merupakan bentuk kata ganti nama diri orang pertama. Bagaimana pula dengan 'adik saya', 'abang saya' dan 'ibu saya'?. 3. Apakah bentuk ayat pasif bagi ayat aktif di bawah? i) Ibu saya menanam sayur di belakang rumah.1. Kata terbitan daripada perkataan ya ialah mengeyakan, jika perkataan ia menerbitkan perkataan beria-ia barulah menghasilkan perkataan mengiakan.
2. Saya ialah kata ganti nama diri pertama, manakala abang saya dan adik saya ialah frasa (bukan kata ganti nama diri).
3. Sayur ditanam ibu di belakang rumah.
Tatabahasa03.03.2012
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasihYa ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, tidak cacat.Tatabahasa06.04.2010
tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata?Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya.Tatabahasa15.08.2007
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu".

Tatabahasa12.12.2011
12345678910...

Kembali ke atas