Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Yang Amat Berhormat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata YAB


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan YB. atau YB ( tanpa titik YAB. atau YAB ( tanpa titikEjaan yang betul ialah YB dan YAB (tanpa titik).Ejaan22.08.2012
Mohon nasihat tentang penulisan perkataan berikut: "Dirasmikan Oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ataupun YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak." Kekeliruan saya di sini ialah sama ada perkataan Yang Amat Berhormat (YAB) itu dibubuh di hadapan nama khas ataupun di hadapan gelaran/jawatan.Penggunaan gelaran dalam ayat tersebut betul, iaitu YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia atau satu lagi cara menulis/menyebutnya ialag Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak.Ejaan23.03.2012
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh SeylanYAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB.Lain-lain23.06.2011
YB. YAB. Yang BerusahaYB YABTatabahasa21.10.2011
1)YBhg. 2)YB 3)YAB1)YBhg. 2)YB 3)YABEjaan18.01.2012
Tuan, Dengan segala hormatnya saya ingin mendapatkan satu senarai susunan lengkap mengenai Panggilan Kehormat (contoh; YAB, YB, Yang Amat Berbahagia, Yang Berusaha dan sebagainya) yang digunakan di negara kita dan kepada siapakah gelaran/panggilan kehormat ini ditujukan. Sekian, terima kasih. Yang Benar, Cornelius Laab KotaKinabaluYAB - Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri; YB- Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Yang Dipertua Dewan Negara,Dewan Rakyat,Tim. Yang Dipertua Dewan,Ahli Dewan Negara/Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. YABhg. - Isteri Yang Dipertua Negeri,isteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia,Tradisi dan Amalan oleh Mokhtar Hj. Mohd. Toha dan Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri, terbitan DBP.Lain-lain10.09.2007
pada pandangan pihak DBP, apakah maksud tersurat dan maksud tersirat slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? perlukan jawapan segera..terima kasih.Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita.  Sila rujuk laman web rasmi YAB Perdana Menteri atau Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Lain-lain13.02.2011
Saya ingin bertanyaan penulisan yang betul dalam penggunaan singkatan perkataan. Conoh Yang Amat Berhormat. Yang mana satu betul YAB atau Y.A.B. kerana saya dapat ada percanggahan dalam penggunaan singkatan perkataan tersebut. Contoh. Duli Yang Maha Mulia DYMM atau D.Y.M.M. Sila lihat dua contoh yang saya sertakan seperti dilampiran untuk dibuat perbandingan.Untuk makluman tuan, ejaan yang betul ialah YAB dan DYMM. Ejaan ini telah diselaraskan dalam buku Protokol di Malaysia: Tradisi & Amalan, terbitan DBP. Untuk makluman, kami tidak dapat melihat lampiran yang disertakan.Ejaan06.10.2011
Saya inginkan pengesahan tentang penggunaan singkatan YAB, YB, YBhg (selepas Bhg ada titik atau tiada?) dan ada surat arahan ke tidak yang menyatakan tidak memerlikan titik selepas penggunaan kata gelaran tersebut. Jika ada macam mana untuk mendapatkannya kerana saya ingin membuat edaran ke JPBD untuk menulis surat atau artikel dengan betul. Boleh tolong semak contoh surat yang dikemukakan. Bantuan tuan/Puan dihargai dan diucapkan terima kasih.

Seperti Lampiran.

Tatabahasa30.06.2011
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TKGelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain06.03.2013
12

Kembali ke atas