Salam. Yang mana lebih tepat : " Yang Berhormat - Yang Berhormat Dato' " atau "Yang Berhormat Dato'- Dato' "... situasinya : terdapat ramai YB-YB yang bergelar Dato', di samping VIP bukan YB bergelar Dato'.. | Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sapaan yang betul ialah Yang Berbahagia Dato'-Dato', Yang Berhormat Dato' -Dato' .... | Tatabahasa | 26.06.2012 |
ejaan YB. atau YB ( tanpa titik YAB. atau YAB ( tanpa titik | Ejaan yang betul ialah YB dan YAB (tanpa titik). | Ejaan | 22.08.2012 |
Jika penama tiada pangkat Dato', yang manakah penyataan yang betul? 1. YB Ahmad bin Ali atau.... 2. YB En. Ahmad bin Ali | Frasa yang betul ialah YB Ahmad bin Ali. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut ditulis atau dipanggil seperti yang berikut: 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri 2. YB Tuan Haji 3. YB Dr. | Tatabahasa | 28.03.2009 |
antara ayat 'daripada cetusan ilham YB Dato...' dan 'dari cetusan ilham YB Dato..' yg mana betul penggunaan dari/daripada? | Jawapan yang betul ialah ' daripada cetusan ilham YB dato.... harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2007 |
As salam, saya ingin bertanya mengenai ayat ini sama ada betul atau salah; Dirasmikan oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Dirasmi oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Perasmi: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan". | Tatabahasa | 21.11.2012 |
YB. YAB. Yang Berusaha | YB YAB | Tatabahasa | 21.10.2011 |
1)YBhg. 2)YB 3)YAB | 1)YBhg. 2)YB 3)YAB | Ejaan | 18.01.2012 |
1)YB atau Y.B 2)Y.Bhg. atau YBhg | 1)YB 2)YBhg. | Ejaan | 20.07.2011 |
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK | Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Salam. Mohon jelaskan latar belakang penggunaan ungkapan "dengan izin" di Parlimen apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris. | Ungkapan dengan izin digunakan di Parlimen sebagai cara yang santun apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris. Ungkapan ini merupakan padanan bagi ungkapan bahasa Inggeris with permission. | Makna | 06.01.2009 |