Menurut maklumat dari laman web ini (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Yang+Dipertuan), Yang Dipertuan bermaksud gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku. Bagaimanapun, menurut Koleksi Pedoman Bahasa 2 (https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/BPKhas/INSTRUKSIONAL/KOLEKSI_PEDOMAN_BAHASA_2.pdf), Yang Dipertuan dianggap salah ejaan. Dengan ini, kekeliruan telah berlaku dalam kalangan pelajar. Persoalannya, adakah frasa Yang Dipertuan dianggap betul atau salah? | Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Sehubungan dengan itu, kandungan Koleksi Pedoman Bahasa 2 boleh digunakan sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang rasmi selain buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 08.06.2019 |
Manakah yang betul? -Yang Dipertuan Agong -Yang Di-pertuan Agong -Yang di-pertuan Agong -Yang di-Petuan Agong | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 04.03.2016 |
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasih | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 01.10.2012 |
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ? | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 07.08.2014 |
yang mana satu betul, perkataan 'Yang-dipertua Negeri, Sembilan' atau 'Yang-dipertuan Negeri, Negeri Sembilan'? dan 'Ramadan' atau 'Ramadhan'? | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Ramadan | Ejaan | 01.12.2006 |
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu? | Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul. | Lain-lain | 29.05.2010 |
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong? | 1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 14.01.2007 |
Format yang betul untuk menulis DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ejaan "venue" dalam bm, matapelajaran/mata pelajaran, ko-kurikulum/kokurikulum. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, "venue" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai tempat (belum ada istilah venue), mata pelajaran, kokurikulum. | Ejaan | 30.07.2008 |
Penggunaan gelaran Sultan - Sultan di Malaysia Nama Plate - Sultan Johor | Daulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan dan Yang Dipertuan negeri Selangor Darul Ehsan Segala Daerah Takluknya menjunung kasih Atas keberangkatan DYMM Tuanku ke Pavilion Aston Martin Sempena Asia Klasika 2013 pada 6 Okotber 2013 Sembah Takzim daripada Lembaga pengarah, pengurusan serta kakitangan ASTON MARTIN KUALA LUMPUR | Ejaan | 03.10.2013 |
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong". | Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Ejaan | 14.05.2007 |