| Ummu Salamah Zubir JUM 10.05 PTG Salam DBP. Saya hendak mengakses pada laman web anda pada hari ini tetapi tidak berjaya. Adakah terdapat masalah pada laman web? | Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017. | Lain-lain | 19.05.2017 |
| maksud perkataan cakna, pewaris | Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. | Makna | 26.04.2009 |
| "Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus," kata Cikgu Zubir kepada pemain-pemain bola sepak sekolahnya. Bolehkah saya tanya, ayat tersebut mana satu bahagian ialah subjek, mana satu bahagian ialah predikat? terima kasih | Bahagian subjek dan predikat dalam ayat “ Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus,” adalah seperti berikut: Subjek: “tiada latihan bola sepak” Predikat: “kerana saya akan pergi berkursus”
| Tatabahasa | 21.07.2025 |
| karya-karya puisi melayu yang dilagukan? | Karya puisi Melayu yang dilagukan dalam bentuk album banyak terdapat dalam album Kumpulan KOPRATASA, Kumpulan HARMONI (Zubir Ali) dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pihak DBP ada mengadakan sayembara mencipta lagu puisi berdasarkan puisi yang telah terbit. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |