Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep anak perempuan (kpd): Kumari ~ Gopal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata a/p


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dipohon pihak tuan untuk struktur ayat yang berikut
Pembetulan:

(Nama  dan alamat penerima)

 

Tuan,

 

PERMOHONAN PEMASANGAN ALAT PENYAMAN UDARA DI BILIK PEMULIHAN

 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.  Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah telah menerima sumbangan alat penyaman udara daripada PIBG Sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah memerlukan khidmat nasihat dan sokongan daripada pihak tuan untuk menjalankan pemeriksaan fizikal bagi tujuan pemasangan alat  tersebut.

 

… 3. Bersama-sama dengan ini, disertakan borang Lampiran A1 dan Pelan Lantai untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

 

4.         Kerjasama dan perhatian tuan berhubung dengan perkara ini saya ucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

Ejaan11.08.2020
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019
Bagaimanakah cara untuk menghantar borang permohonan kerja melalui dalam talian?

PERMOHONAN KERJA:

Permohonan jawatan kosong/kerja tidak boleh dihantar melalui dalam talian, borang boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my

Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat:

 

Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur

(u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

 

Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu:

  1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau
  2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341
Lain-lain10.03.2020
Helo, Tumpang tanya, dimanakah saya boleh mendapatkan buku yang ditulis dalam tulisan jawi? Tidak kisah sama ada buku cerita ataupun buku pendidikan. Saya perlukannya untuk dijadikan bahan rujukan dan pembelajaran. Mohon tuan/puan membalasnya. Terima kasih.

MENDAPATKAN BUKU TERBITAN DBP

Untuk makluman, buku terbitan DBP (termasuk tulisan jawi) boleh dibeli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini untuk pembelian buku secara dalam talian: https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih

Lain-lain13.07.2020
Hi Team, I am a principal of a Tuisyen centre. I need to buy student books and teacher books for BAHASA MELAYU 1-6.

Salam sejahtera,

 

Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP.

 

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// atau http://dbpniagav2.dbp.gov.my 

 

Sekian, terima kasih
Lain-lain17.12.2019
Dimana saya boleh dapatkan borang permohonan jawatan DBP? Terima Kasih

Salam sejahtera,

Permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my

Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat:

 

Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur

(u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

 

Lain-lain28.06.2019
TAHUN 2020. TAHUN 4 MENGGUNAKAN BUKU TEKS YANG BARU KELUARAN DBP BILAKAH DAN BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT BUKU TERSEBUT. DAN CARA. ORDER DAN BAYARANNYA

Salam tuan budiman,

 

Buku tersebut boleh di beli  di kedai  buku, wakil  penjual, ujana DBP  dan melalui portal DBP, bermula pada bulan Januari tahun 2020 

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih
Lain-lain27.11.2019
Saya ingin menghasntar manuskrip novel. Bagaimana caranya

Salam sejahtera,

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan lain-lain bolehlah dihantar ke:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.
Lain-lain26.06.2019
Bagaimanakah cara untuk menghantar karya-karya dan karya yang macam manakah sesuai untuk dihantar?Salam puan budiman,

PENGHANTARAN MANSUKRIP

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan lain-lain bolehlah dihantar ke:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Sekian terima kasih.
Lain-lain11.02.2020
Saya ingin membeli buku Tatabahasa Dewan Edisi terkini dan Buku Daftar RUmi Bahasa Melayu Edisi terkiniSalam sejahtera,

MENDAPATKAN BUKU TERBITAN DBP

 

Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih

Lain-lain03.03.2020
12345678910...

Kembali ke atas