Yang manakah ayat berikut betul? 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya melanjutkan pelajarannya ke London. 3. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. 4. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Malaya. | Jawapan yang betul ialah 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke Univerisiti Malaya. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih. | Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih | 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
Penggunaan perkataan oleh Contoh soalan: 1. Abang terjaga oleh deringan jam loceng. 2. Abang terjaga dengan deringan jam loceng. Mana satu yang betul? | Penggunaan yang betul ialah Abang terjaga oleh deringan jam loceng. | Tatabahasa | 30.04.2019 |
Mana yang betul: 1. Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti ATAU 2. Abang melanjutkan pelajarannya di universiti. | Penggunaan kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju atau digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu lebih tepat jika menggunakan kata sendi nama 'ke' dalam ayat 'Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti'. | Tatabahasa | 27.08.2007 |
Puan, Sila jelaskan jawapan yang berikut :- 1) Abang mengerat beberapa ______ tebu. A. ikat B. ruas C. kerat 2) Ibu menggunakan beberapa _____ kunyit untuk menggulai ikan. A. biji B. kaki C. keping D. batang Terima kasih. | 1) Abang mengerat beberapa ruas tebu. 2) Ibu menggunakan beberapa kaki kunyit untuk menggulai ikan. | Tatabahasa | 06.09.2013 |
ayat 1: Abang sedang menyusun gelas di atas meja. ayat 2: Adik sedang meletak pinggan di atas meja. soalan:adakah penggunaan kata sendi 'di' pada kedua-dua ayat itu betul?saya keliru dengan penggunaan kata sendi di dan ke. terima kasih | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 08.02.2011 |
Salam sejehtera 1. Abang memangkas pokok bunga dengan pemangkas supaya keadaan halaman rumah menjadi rapi/kemas. Adakah penggunaan "rapi@kemas" dalam ayat tersebut betul ? T.kasih | Penggunaan rapi atau kemas dalam ayat tersebut adalah betul. | Makna | 08.04.2019 |
Mana yang betul: 1. Nama abang saya Ahmad. atau 2. Nama abang saya ialah Ahmad. | Kedua-dua ayat di atas betul tetapi ayat "Nama abang saya Ahmad" lebih gramatis. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ..... | 1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.03.2012 |