Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abangnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah______ A. Agak B. Nian C. Sekali D. Benar 2. Datuk tidak bersetuju_____dengan pendapat ayah. A. Sangat B. Benar C. Nian D. Amat Apakah jawapan bagi kedua-dua soalan di atas? Minta penjelasan daripada tuan. Terima kasih.1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah___sekali___ 

 Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali.

2. Datuk tidak bersetuju___sangat__dengan pendapat ayah. 

Kata penguat nian dan benar tergolong dalam kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat ,amat, benar, dan sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian dan benar, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa04.12.2013
Kata kerja 'melawat' tergolong sbg kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Saya dapati, kata kerja ini boleh berfungsi sbg kata kerja transitif, contoh 'melawat abangnya di hospital' (kata kerja melawat mesti diikuti objek) dan sebagai kata kerja tak transitif, contoh melawat ke Putrajaya. Benarkah pemahaman saya ini? Sekian, terima kasih.Kata kerja 'melawat' tergolong sebagai kata kerja transitif, seperti dalam contoh ayat 'melawat abangnya di hospital' atau 'melawat Putrajaya'. Hal ini boleh dibuktikan apabila ayat ini dipasifkan (Kata kerja transitif boleh dipasifkan) menjadi 'abangnya di hospital dilawati' dan 'Putrajaya dilawati'. Walau bagaimanapun ada juga pendapat mengatakan 'melawat' ialah kata kerja tak transitif dan boleh diikuti dengan kata sendi 'ke' seperti dalam ayat 'melawat ke Putrajaya'. Hal inilah yang menjadikan bahasa kita indah dan kadang kala tidak semua rumus boleh diterapkan dalam setiap aspek tatabahasa.Tatabahasa18.03.2011
I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya. II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia. III Encik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji. IV Kita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan. Jawapan bagi soalan ini ialah III dan IV. Soalan saya ialah mengapa II adalah salah?Dalam ayat II perkataan yang betul ialah lulusan.  Lulusan bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan , lepasan.Tatabahasa05.06.2008
Salam Aidilfitri, Lim Huat berasa _______ untuk meminjam wang daripada abangnya A. takut B. gerun C. segan D. sangsi Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah C. segan.Tatabahasa20.08.2013
1) Ayah membonceng adik 2)Ayah memboncengkan adik di belakang motosikalnya. Adakah kedua-dua ayat ini betu ? bagaimana dengan ayat 1 ?Kedua-dua ayat membawa makna berlainan. Membonceng bermaksud ikut naik kenderaan. Cth. Tiap pagi dia membonceng motosikal abangnya. Memboncengkan bermaksud membawa naik bersama-sama. Cth. seperti ayat kedua yang diberikan.Tatabahasa22.04.2008
Tuan, bolehkah terangkan penggunaan "untuk" dan "kepada" dalam ayat. Apakah perbezaannya? Boleh kah tuan menerangkan pengguna"untuk" dan "kepada" dengan ayat contoh. Sekian terima kasih.

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama/frasa nama dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti ayat Hadiah ini untukmu. Kata sendi nama kepada digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menyatakan sasaran (manusia, haiwan atau bentuk mujarad), seperti ayat Ali mengirim surat kepada abangnya.

Tatabahasa12.05.2011

Kembali ke atas