Abdul Hakam 28 OCTOBER 09:37 Abdul Hakam Abdul Assalammualaikum WBT. Bagaimanakah saya boleh dapatkan kesemua kertas kerja Wacana Kesultanan Melayu yang diadakan semalam? Terima kasih. | Wassalam, Pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai atau pentadbir di Bahagian Majalah untuk bertanya berkenaan perkara tersebut. 1. Armin Azhari bin Saleh Jawatan Perancang Bahasa (S44) No. Telefon 03-2147 9259 E-mel armin@dbp.gov.my 2. Fauziah binti Yusof Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (KUP) (N22) No. Telefon 03-2147 9279 E-mel fauziahy@dbp.gov.my Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Abdul Raqiib Basiran SAB 3.12 PAGI Abdul Raqiib Basiran Assalamualaikum pihak pengendali laman DBP. Abdul Raqiib Basiran Saya ingin tanyakan padanan istilah yang lebih bercitra Melayu bagi imersif. Contoh ayat, teknologi bunyi yang ditawarkan Dolby tersebut memberikan pengalaman dengar yang lebih imersif, seolah-olah ia berada di telinga anda. Bolehkah saya gunakan perkataan "meresap" bagi menggantikan "imersif"? Abdul Raqiib Basiran Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. | Kata meresap boleh digunakan untuk menggantikan perkataan imersif. | Tatabahasa | 26.08.2017 |
Abdul Hakam SAB 11.30 PTG Salam. Mohon pihak DBP memberi respon/maklum balas mengenai hal ini. Saya harap agar bahasa kebangsaan tidak dipandang remeh oleh masyarakat. Sila klik url ini untuk mengetahuinya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155842096574343&id=650109342 | Kami akan berbincang hal ini dengan pihak yang wewenang untuk mencari penyelesaian terbaik bagi hal ini. Terima kasih atas keprihatinan tuan. | Lain-lain | 14.10.2017 |
Abdul Raqiib Basiran 19/06/2014 2.58 PAGI Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. 2. Penggunaan kata tanya "apa, di mana, yang mana". Adakah "apa" juga dibolehkan sebagaimana contoh ayat berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna, di mana tempat itu sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo, yang mana telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. Menurut Kamus Dewan, penggunaan "apa" dalam konteks ini dibolehkan. 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan Sekian. Mohon pencerahan. Terima kasih. | 1. Untuk makluman, ia merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. 2. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna yang sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo yang telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. | Tatabahasa | 19.06.2017 |
Abdul Hakam Iklan Jawatan Kosong yang disiarkan dalam FB DBP. Salam. Boleh berikan saya jaringan sesawang bagi permohonan jawatan ini. Saya sudah buka laman sesawang DBP tetapi saya tidak jumpa dengan jaringan ini. Maaf, atas laras bahasa saya guna di atas kerana menggunakan laras bahasa spontan. Saya mohon pertolongan agar pihak tuan dapat berikan jaringan sesawang bagi permohonan jawatan berkenaan. Sekian, terima kasih. | Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Abdul HakamView Profile Assalammualaikum WBT. Bagaimanakah saya boleh dapatkan kesemua kertas kerja Wacana Kesultanan Melayu yang diadakan semalam? Terima kasih. | W'salam. Pihak tuan disarankan menghubungi pihak penganjur wacana tersebut untuk mendapatkan kertas kerja berkenaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.10.2016 |
Abdul Hakam JUN 24TH, 3:02PM Assalammualikum. Boleh saya dapatkan emel editor Majalah Dewan Tamadun Islam? | Sila hubungi Ketua Editor Encik Azmi Ibrahim melalui e-mel azmi@dbp.gov.my atau Timbalan Ketua Editor Encik Mohd Salahuddin Muhamad melalui e-mel al-fatih@dbp.gov.my | Lain-lain | 24.06.2016 |
Abdul Aziz Bin Ali May 13th, 11:21pm assalamualaikum... tumpang tanya jawatan kosong bhgian penterjemahan ada x terutama drp bhs arab kpd bhs melayu | Walaikumusalam, tuan. Tiada jawatan penterjemah di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan boleh bertanya perkara ini ke Institut Terjemahan Buku Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia. | Lain-lain | 13.05.2015 |
Abdul Raqiib Basiran Jun 19th, 2:58am Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. | Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh juga merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi "ia" tidak digunakan kepada haiwan. | Tatabahasa | 19.06.2014 |
Abdul Halim R SAYA ABDUL HALIM "R" BEBERAPA TAHUN LALU TELAH MENJUAL KOLEKSI SAYA KPD PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DBP: ■Buku,majalah,risalah. ■Penerbitan sulung...bil 1 ■Draf... ■Foto. SAYA INGIN TAHU ADAKAH SEMUANYA TELAH DISUSUN UNTUK SAYA INGIN PERGI MENATAPNYA? Wassalam. About | Mohon hubungi Ketua Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu, Puan Kamariah Abu Samah melalui talian 03-21479545 atau e-mel kamariah@dbp.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hal tersebut. | Lain-lain | 11.11.2016 |