Saya kerap menjumpai perkataan 'proficiency' dan 'ability' digunakan dalam membayangkan maksud keupayaan / kecekapan / kemahiran / kebolehan / kemampuan dalam buku rujukan Bahasa Inggeris. Cth: Students' proficiency / ability in answering questions. Soalan. Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk saya gunakan dalam penulisan berkaitan perkataan 'ability'? Bagaimana jika saya menggunakan perkataan 'abiliti' dalam penulisan Bahasa Melayu untuk menggantikan perkataan 'ability' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih di atas maklum balas yang akan diberikan. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "proficiency" ialah kecekapan atau kemahiran. Istilah bahasa Melayu untuk "ability" pula ialah kebolehan atau kemampuan. Perkataan "abiliti" tidak boleh digunakan kerana tidak diterima sebagai padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk "ability". | Istilah | 03.04.2014 |
Soalan ini mengenai keupayaan jenis kain, iaitu 'breathable'. Bolehkah saya menterjemahkan 'Breathability is the ability of a fabric to allow moisture vapor to be transmitted through the material' kepada 'Kebolehnafasan adalah keupayaan kain dalam membolehkan lembapan wap dipancar melalui kain tersebut'. Jadi, bolehkah saya terjemah 'breathable cloth' sebagai 'kain boleh nafas'? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Kami mencadangkan terjemahannya adalah seperti yang berikut: Kebolehnafasan ialah keupayaan kain/fabrik untuk memindahkan wap air melalui bahan tersebut. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2017 |
The term ‘communicant’ is more suitable in describing people involved in communicative behaviour in order to acknowledge the individual’s ability to both receive and produce information. Merujuk kepada perkataan "Communicant" dalam konteks ayat ini, adakah sesuai diterjemah sebagai pelaku komunikasi atau lebih sesuai diterjemah sebagai komunikan atau kekalkan saja istilah ini dalam bahasa Inggeris? Communicant selain daripada konteks gereja, juga digunakan dalam bidang komunikasi. Apakah cadangan pihak DBP untuk saya menterjemahkan perkataan ini? Terima kasih atas khidmat nasihat daripada pihak DBP. | Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli Gereja | Makna | 15.03.2018 |
Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTM | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.04.2018 |
Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Apakah kata yang sesuai bagi terjemahan 'discoverability'? Terima kasih | Maksud “discover” antaranya ialah mengesan, membongkar, mengetahui, menemukan, menyedari dan penggunaannya berbeza mengikut konteks ayat. Maksud “ability” pula ialah boleh, mampu, berupaya. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk “discoverability” ialah “ mampu mengesan / kemampuan untuk mengesan, dan sebagai mengikut konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.02.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat satu istilah yang sering diguna pakai dalam tulisan cereka sains inggeris iaitu "teleportation" atau "teleport" sebagai kependekan. Konsep "teleportation" adalah untuk memindah sesuatu, objek atau benda hidup, dari satu tempat ke tempat yang lain (merentasi ruang dan masa) dalam kadar segera, tidak sampai sesaat. Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut kepada "ghaib muncul" kerana jika diperhatikan filem cereka sains, apabila menggunakan "teleportation machine", benda atau orang itu akan ghaib dari tempat asalnya dan muncul di lokasi pilihan? Jadi, saya rasa istilah - istilah seperti "teleportation machine", "ability to teleport" dan "teleported" boleh diterjemahkan sebagai "mesin ghaib muncul", "kebolehan untuk ghaib muncul" dan "dighaibmunculkan". Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. teleportation machine - mesin teleportasi 2. ability to teleport - kebolehan/kemampuan/keupayaan teleportasi 3. teleported - diteleportasikan | Istilah | 18.07.2016 |