Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyata­kan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyu­sun­an perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1 urutan huruf Jawi yg disusun menurut nilai drpd satu hingga seribu (spt alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4). 2 susunan atau urutan huruf dlm sesuatu sistem tulisan (spt a, b, c dlm sistem huruf Rumi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abjad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Ayat mana yang betul: (i) Senarai huruf dalam abjad Jawi, atau (ii) Senarai huruf-huruf dalam abjad Jawi? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Senarai huruf dalam abjad Jawi".Tatabahasa04.01.2014
1. Nama-nama bandar di seluruh dunia ada yang menggunakan abjad yang bukan latin seperti [Muñiz] untuk terjemahan kepada Bahasa Melayu apakah abjad itu ditukar kepada latin atau dikekalkan 2. Ada tak apa-apa panduan untuk buat terjemahaan nama-nama bandar di seluruh dunia kepada Bahasa Melayu sebagai contoh constantinople > konstantaniah bagaiaman terjemahan [constantinople > konstantaniah] dibuat, ada tak peraturan khas untuk buat terjemahan sebegini Salam sejahtera,

Nama-nama tempat dikategorikan sebagai Kata Nama Khas. Kata Nama Khas merujuk kepada orang, tempat, benda yang khusus.
Perkataan ini tidak boleh diubah ejaannya walaupun bukan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Ejaan yang asal perlu dikekalkan agar tidak membawa maksud yang berbeza.


Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.

Sekian, terima kasih.
Pengembangan03.03.2020
Bagaimanakah kita menulis tajuk di mana abjad pertama ditulis sebagai huruf besar, bagi tajuk berikut: Adakah betul ditulis begini: - "Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran yang Tidak diKelaskan di Mana-mana". - "Pengeset dan Pengendali Peralatan Untuk Mesin Kerja Logam" -"Operator Loji Bergera Bagi Ladang dan Perhutanan" - "Ketua Stesen Kereta Api" atau "Ketua Stesen Kereta api" atau "Ketua Stesen Keretapi"? Soalan ke-2: -aktiviti atau aktiviti-aktiviti -jabatan atau jabatan-jabatan -agensi atau agensi-agensi -perkara atau perkara-perkara -kementerian atau kementerian-kementerian -majlis atau majlis-majlis -mekanisma atau mekanisme -organisma atau organisme bagi terjemahan daripada perkataan English organism1. Penggunaan huruf besar pada abjad pertama betul, kecuali bagi kata hubung seperti "di", "dan", "untuk" dan lain-lain. Ketua Stesen Kereta Api
2. Ejaan yang betul mekanisme dan organisma. Soalan yang lain tidak jelas.
Tatabahasa14.09.2015
Adakah projek himpunan kata sastera melayu lama masih diteruskan oleh DBP? Saya hanya dapat mencapai abjad A, B dan S sahaja dalam laman web DBP.Untuk makluman tuan, projek tersebut sudah tidak diteruskan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera DBP. Tuan boleh menghubungi bahagian tersebut untuk maklumat lanjut. Sastera30.10.2018
pelajar menengah sekolah perlu tahu beberapa kata masukan?Kata masukan ialah entri yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Istilah24.08.2009
Assalamualaikum... Jika saya ingin menyusun sebuah kamus dari sudut yang berbeza dengan kamus dewan (Kamus Dewan susun ikut abjad tapi sya nak susun ikut rima akhir) tetapi sumber entri masih daripada Kamus Dewan, adakah saya perlu meminta izin daripada DBP? Tidak semua entri dalam kamus Dewan yang diambil, cuma entri-entri yang bekaitan sahaja.Jika mahu menggunakan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perlu mendapat izin daripada DBP terlebih dahulu. Sila hantar surat permohonan untuk menggunakan bahan itu kepada Ketua Pengarah DBP.Lain-lain10.03.2013
konkordansMenurut Kamus Dewan, konkordans ditakrifkan sebagai senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.Makna27.09.2007
maksud perkataan "daftar" atau "pendaftaran"Daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, atau senarai, manakala pendaftaran ialah perihal memasukkan (mencatatkan) dlm daftarMakna02.09.2007
MAKSUD DAFTARMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.04.2009
apakah maksud yang tepat untuk konkordans?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, konkordans ialah senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.Makna12.04.2009
1234

Kembali ke atas