Ayat di bawah yang manakah adalah betul? 1. Bolehkah objek abstrak digandakan? 2. Objek abstrak boleh digandakankah? 3. Boleh digandakankah objek abstrak? | Ayat 1. Bolehkah objek abstrak digandakan?; dan 2. Objek abstrak boleh digandakankah? betul. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
kata nama am abstrak atau konkrit? kematian , penyayang, sambutan , pertama , minyak, bapa, bulan , orang , anak-anak Di antara perkataan-perkataan di atas, boleh dikategorikan sebagai KN am konkrit dan KN am abstrak. Terima kasih | Kematian, penyayang, sambutan, pertama ialah kata nama am abstrak. Bapa, bulan, orang, anak-anak pula ialah kata nama am konkrit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 86. | Tatabahasa | 16.09.2008 |
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)? | Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak): 1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua) 2. Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 28.06.2018 |
permintaan pembetulan abstrak tesis saya dalam bahasa Melayu | Untuk makluman tuan, penyemakan dokumen terjemahan dikenakan bayaran dan perlu melalui proses tertentu. Pihak kami mencadangkan tuan melayari laman web PRPM dan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2019 |
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandangan | Tidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK | Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; | Lain-lain | 07.08.2010 |
bagaimana cara penulisan jurnal? | Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah. Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan. | Lain-lain | 14.01.2009 |
Adakah semua kata nama terbitan berimbuhan akhiran -an ialah kata nama abstrak. Makanan, senyuman, lautan- kata nama konkrit atau kata nama abstrak sebab ketiga-tiganya boleh dilihat tetapi mempunyai imbuhan akhiran -an. | Akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 117 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Salam sejahtera, Adakah perkataan "atas" hanya merujuk perkara yang abstrak? contohnya seperti ini: Dia bertanggungjawab atas penumpahan darah itu. Adakah boleh juga digunakan untuk sesuatu yang bukan abstrak seperti ayat ini: Hakim meringankan hukuman yang dikenakan atas pesalah tersebut. mohon penjelasan. terima kasih | Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan "atas" dalam ayat pertama adalah betul. Walau bagaimanapun, dalam ayat kedua, penggunaan "atas" adalah salah. Perkataan yang lebih tepat ialah "terhadap (Hakim meringankan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah tersebut.) | Tatabahasa | 08.07.2016 |
Cikgu saya menyatakan bahawa unsur mujarad ialah unsur konkrit. Tetapi saya telah mencari maksud mujarad dan akhirnya mendapat maksud unsur abstrak. Apakah pandangan DBP? | Dalam bidang pendidikan, mujarad ialah padanan abstract dalam bahasa Melayu dan mujarad juga disebut abstrak. Kami menerima pendefinisian tersebut kerana mujarad ialah perkataan Arab yang bermaksud tidak nampak atau tidak dapat dirasa dan juga bermaksud abstrak. | Makna | 25.05.2014 |