Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka. | Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d) | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
Ali dihadiahi sebuah buku oleh Abu. lebih gramatis atau Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. ayat mana lebih tepat? | Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. / Ali dihadiahi Abu sebuah buku | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Yang manakah betul :- antara Ali dan Abu / antara Ali dengan Abu? Sekian, TK Quek CS | Yang betul ialah "antara Ali dengan Abu". | Tatabahasa | 13.04.2007 |
Yang mana paling tepat: a) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga.". b) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga". c) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga." | Penggunaan tanda baca yang betul ialah Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga." | Ejaan | 15.02.2012 |
Soalan : 1.Bagaimanakah cara membezakan klausa bebas dan klausa terikat? 2.Ali memberitahu Abu bahawa adiknya sakit.(frasa manakah klausa bebas?apa alasannya? 3.Apakah beza homonim,homograf dan homofon? 4.Frasa..antara satu dengan/sama lain? 5.Ali menyatakan bahawa dirinya tidak sebijak Abu.Adakah frasa bahawa.....Abu itu dianggap objek?Adakah frasa'menyatakan' itu kata kerja transitif sedangkan tidak boleh dipasifkan? 6. Apakah maksud bilangan kardinal?adakah masih digunakan dalam linguistik? 7. Abu tidak pergi ke sekolah kerana sakit. Abu tidak pergi ke sekolah kerana beliau/dia sakit. Soalan :Adakah ayat pertama dianggap tidak gramatis kerana tergantung kerana tiada KGND beliau/dia? Bagaimana nak kenal pasti ayat yang tergantung atau pengguguran? 8.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi ekor lembu yang dipotong dari pangkalnya (sepanjang 1 meter barangkali)? 9.Kali pertama dianggap lewah,adakah frasa Mesyuarat Agung pertama kali itu lebih tepat? #Terima kasih atas khidmat nasihat DBP,semoga sama2 dapat memartabatkan bahasa ibunda kita.Insya-Allah. 6. | 1. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa terikat/klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, contoh: Kamu pandai, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil, contoh: kerana kamu rajin belajar. 2. Ali memberitahu Abu ialah klausa bebas, manakala bahawa adiknya sakit ialah klausa terikat. Alasannya dijelaskan pada perkara 1. 3. Homonim ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homofon ialah perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. 4. Frasa yang betul ialah antara satu sama lain. 5. Frasa Ali tidak sebijak Abu ialah frasa bandingan. 6. Bilangan kardinal atau nombor kardinal ialah nombor yg menyatakan kuantiti mis 1, 2, 3... 7. Ayat tersebut gramatis kerana yang sakit itu merujuk Abu sahaja. Ayat yang lengkap perlu ada subjek dan predikat. 8. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang. 9. Mesyuarat Agung Pertama sudah memadai. | Tatabahasa | 05.11.2011 |
Penggunaan koma dalam ayat. Ayat 1 Ali, Abu dan Ahmad sedang bermain di padang sekolah. Ayat 2 Ali, Abu, dan Ahmad sedang bermain di padang sekolah. Soalan Ayat manakah yang betul penggunaan komanya? | Ayat yang betul ialah Ayat 1 Ali, Abu dan Ahmad sedang bermain di padang sekolah. Tanda koma tidak perlu sebelum kata 'dan' kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. | Ejaan | 24.01.2013 |
Ayat yang manakah betul? 1. Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami. 2. Cikgu Abu mengagihkan tugas kepada kami seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain. | Ayat yang gramatis ialah Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami.
| Tatabahasa | 29.05.2012 |
kata bin dalam nama. mana satu betul a) Ali bin Abu b) Ali Bin Abu | Yang betul ialah bin. Contohnya, Ali bin Ahmad | Tatabahasa | 07.11.2008 |
Abu (menggosok/mengelap) badannya dengan tuala selepas mandi. | Perkataan yang betul ialah mengelap. Abu mengelap badannya dengan tuala selepas mandi. | Tatabahasa | 23.08.2013 |