Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cah] | اچه

Definisi : beracah-acah bermain-main, bersenda-senda: ~ dgn maut; mengacah melakukan gerak utk mengeliru­kan atau menyesatkan lawan; mengacah-acah mengacah berulang kali: lembaga itu semakin hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja utk bertindak; acahan perbuatan mengacah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cah] | اچه

Definisi : ; mengacah melakukan gerakan yg mengelirukan lawan atau binatang buruan; berpura-pura melakukan sesuatu tetapi melakukan yg lain pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Anak kecil itu berlungsur/melungsur dari pangkuan ibunya. 2.Petinju negara mengacah- acah/melibas - libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah.ayat ini betul atau salah. 4.Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu."1.Perkataan yang tepat bagi ayat aktif tak transitif, Anak kecil itu berlungsur dari pangkuan ibunya ialah berlungsur. Ayat tersebut merupakan ayat aktif tak transitif yang tidak diikuti objek sebagai penyambutnya. Ayat ini merupakan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan menjadi Anak kecil itu berlungsur. 2. Petinju negara mengacah-acah/melibas-libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa makna yang hampir sama. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah. Ayat tersebut tidak lengkap kerana tidak mengandungi objek. Ayat tersebut boleh ditambah 'Sawah padi menjadi kunci pendapatan bagi negeri kedah. 4. Ayat 'Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu." adalah betul.Tatabahasa04.09.2007

Kembali ke atas