Dua orang budak melambaikan panji-panji.(betul@salah) dalam acara sukaneka adakah isi air dalam botol,lari ikat kaki..nama acara -acara ini betul? | Ayat itu betul dan nama-nama acara sukaneka itu juga betul. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. | 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter. | Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. | Tatabahasa | 30.03.2012 |
Bolehkah saya guna perkataan Gempak Rider utk tajuk sesuatu acara? Ia adalah acara konvoi bermotosikal Cth: Jangan ketinggalan untuk menyertai acara 'Gempak Rider' pada ahad 21 Oktober 2012 ini | Untuk makluman puan, frasa "Gempak Rider" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Gempak" ialah bahasa percakapan dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi. Perkataan "Rider" pula ialah perkataan bahasa Inggeris dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Penggunaan perkataan bahasa Melayu bersama-sama bahasa Inggeris dalam satu frasa (bahasa rojak) juga tidak dibenarkan. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk tajuk acara tersebut, contohnya "Penunggang Hebat". | Istilah | 05.09.2012 |
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima? | Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi "Ali menyertai acara meniup belon". | Tatabahasa | 23.06.2011 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu 5) Mei Ling menyertai acara meniup belon. 6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang. 7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki. 8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol. | Tatabahasa | 23.06.2011 |
Yang mana betul 1. Acara lari ganti ganti atau acara lari berganti ganti 2.Pertandingan bercerita atau pertandingan cerita Tq | 1. Acara lari berganti-ganti 2. Pertandingan Bercerita | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Tajuk acara yang bakal dilangsungkan adalah Fellow INTAN 2011. Kami dimaklumkan bahawa FELO INTAN 2011 adalah terjemahan ke bahasa Malaysia. Mohon pengesahan FELO tersebut. Sekian terima kasih. | Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Istilah | 09.11.2011 |
Adakah ayat ini betul? Seorang peserta lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan. | Perkataan 'acara' perlu ditambah sebelum 'lompat tinggi' untuk menunjukkan lompat tinggi merupakan salah satu acara dalam pertandingan sukan. Ayat yang lebih tepat ialah "Seorang peserta acara lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan. | Tatabahasa | 30.03.2012 |