Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 5. admit receipt of, /memberitahu, memaklumi/ sso telah menerima: to ~ (receipt of) a letter, memberitahu telah menerima surat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. take notice of, indicate recognition, awareness of, a. (person), (through verbal response) menyapa, menegur; (by gesturing), [no specif translation]: the next time we met she refused to ~ me, apabila kami bertemu lagi dia tdk mahu menyapa saya; to ~ so. with a /nod, smile, wave, etc/, /mengangguk, tersenyum, melambai dll/ kpd sso; b. (greeting) membalas, menyambut: to ~ so’s greeting with a nod, membalas sapaan sso dgn menganggukkan kepala; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. admit, mengakui: he ~d his ignorance of the law, dia mengakui kejahilannya ttg undang-undang; one should be able to ~ o’s mistakes, seseorang harus dapat mengakui kesilapannya; to ~ defeat, mengaku kalah; 2. recognize, accept, mengakui; (fml) mengiktiraf: to ~ the truth of a statement, mengakui kebenaran sesuatu kenyataan; to ~ so. as leader, mengakui sso sbg pemimpin; he was ~d as heir to the throne, baginda diiktiraf sbg pewaris takhta kerajaan; 3. indicate appreciation for, menghargai: to ~ so’s services, menghargai khidmat sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acknowledge


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pandangan tuan / puan, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "Acknowledge" sijil cuti sakit? Adakah "Diperakukan"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terim kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Bahasa Inggeris maksud acknowledge ialah memberitahu, memaklumi atau akuan. Maka terjemahan yang lebih sesuai ialah Akuan Sijil Cuti Sakit.
Makna21.02.2019
The term ‘communicant’ is more suitable in describing people involved in communicative behaviour in order to acknowledge the individual’s ability to both receive and produce information. Merujuk kepada perkataan "Communicant" dalam konteks ayat ini, adakah sesuai diterjemah sebagai pelaku komunikasi atau lebih sesuai diterjemah sebagai komunikan atau kekalkan saja istilah ini dalam bahasa Inggeris? Communicant selain daripada konteks gereja, juga digunakan dalam bidang komunikasi. Apakah cadangan pihak DBP untuk saya menterjemahkan perkataan ini? Terima kasih atas khidmat nasihat daripada pihak DBP.Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli GerejaMakna15.03.2018

Kembali ke atas